Tak Semua Rakyat Malaysia Kata Australia Adalah Pilihan Terbaik Untuk Berpindah

Seorang netizen yang juga penduduk tetap di bumi Sydney Australia mendedahkan perihal kehidupan sebaliknya dari sudut pandang beliau pula.


Amar AB AZIZ dalam garis masa beliau menceritakan perihal kehidupan imigran disana.

Setelah menetap 2 tahun di Sydney dan memiliki perniagaan sendiri, Amar sangat bergiat aktif dalam sukan payung terjun dan wingsuit. Untuk info, Amar Aziz adalah merupakan anak Melayu pertama yang mendapat lesen Wingsuit dari Australian Parachute Federation.

Di bawah adalah coretan beliau menceritakan hasil pengamatan dan pengalamannya selama menetap disana.
Kenapa Ramai Rakyat Malaysia Berpindah ke Australia?

Aku menulis atas kapasiti penduduk tetap di Australia. Ramai yang cuba tutup mata hati sendiri dengan mengangkat emas di negara orang sambil menafikan berlian di negara sendiri.

Sejujurnya, sepanjang 2 tahun lebih duduk di luar Malaysia, aku tak pernah kata Malaysia tu susah cari rezeki. Yang menyusahkan rakyat Malaysia, adalah rakyat Malaysia sendiri.

Berikut antara pemerhatian aku selama 2 tahun di Australia sebagai seorang yang berstatus ‘Penduduk Tetap’.

Tiada keistimewaan bumiputera. Hak itu adalah samarata, tapi tak semua hak kamu boleh dapat. Dalam erti kata lain, sedar diri.
Kemudahan awam yang sangat efisien. Tiidak dinafikan dan memang sesuai dengan status 1st World Country.
Sewa rumah tinggi, utiliti kos tinggi
Perlu visa yang sah untuk bekerja. Kalau bagitau nak belajar dan guna bridging atau protection visa agak-agak berkat tak gaji yang diperolehi tu? Hanya Allah yang tahu. Most Malaysian did this.
Islam adalah minoriti. Tak semua mat salleh menghormati orang Islam. Dan apabila berita mengenai ISIS atau pengganas (terrorist) keluar di Media, Islam akan menjadi mangsa. Ada yang kata kurang Islamophobia. Are you sure?
Cuaca ada 4 musim. Setiap musim kita perlu ada pakaian khas untuk menyesuaikan diri.
Waktu solat berubah-ubah. Waktu solat pada musim panas mirip seperti waktu solat di Malaysia. Tetapi musim sejuk dan luruh, waktu solat hanya 2 jam jaraknya.
Hidup di bandar besar mudah cari makanan halal. Tetapi kos sara hidup sangat tinggi.
Hidup di kawasan pedalaman sukar mencari makanan halal, tapi kos sara hidup rendah.
Kedai kebab bersepah tapi jangan tertipu. Ada yang jual kebab tapi tak halal. (inilah jadinya bila mindset kita kebab adalah halal).
Airport ada surau. Sesetengah airport ada Prayers Room (untuk kegunaan semua agama). Airport Malaysia pun ada surau kan? Sentiasa penuh rasa aku.
Komuniti Melayu di bandar-bandar besar Australia sangat besar tetapi…. (aku tak nak cakap banyak pasal Melayu sebab aku pun Melayu. Cuma aku doakan yang terbaik untuk bangsa aku.
Di sini tiada Bangla 3rd class seperti yang Malaysia bawa masuk untuk jadikan buruh. Tetapi ramai buruh kasar di sini berasal dari negara perang dan juga dari Eropah. Tak kurang juga yang datang sebagai pelarian. Ada yang English pun diorang tak pandai cakap.
Nak bercucuk tanam susah nasib baik ada buku dari bro Ashraf. Boleh belajar tanam sayur di dalam rumah batu walaupun tan ada halaman sekali pun.
Nak buat barbeque party susah sebab asap (smoke polution) bakal mengganggu jiran.
Nak potong pokok dalam kawasan rumah sendiri pun tak boleh sebab ada council law.
Nak pasang awning, khemah, semua kena minta kelulusan council sebab melibatkan keselamatan orang lain.
Lebih dari pukul 10pm dah tak boleh bising. Kau ingat orang Malaysia ni adik beradik sikit? Kalau sekali rombongan datang nak ziarah, pukul 12am belum tentu tidur lagi.

Kita boleh senaraikan beribu kebaikan negara orang berdasarkan pemerhatian kita sepanjang 5 hari trips atau 6 bulan stay mahupun setahun duduk sebagai pelajar.

But please jangan butakan mata dengan harga sebuah negara Malaysia yang tidak boleh dijual beli.

Objektifnya kita keluar ke negara lain adalah dengan mencedok idea atau apa-apa perkara untuk diaplikasikan di dalam negara Malaysia.

Kalau menteri-menteri dah tak boleh diharap, janganlah dibuang Malaysia itu. Malah kita bangkit untuk membantu belia-belia kita menjadi pewaris bagi memartabatkan tanah air di mata dunia.

Migrate itu tak ada cacat celanya. Cuma pasanglah niat kita berhijrah untuk membantu tanah air kita pada suatu hari nanti. Jangan ditanam api kebencian di dalam hati dengan menyalahkan negara tercinta kita.

Ramai sahabat-sahabat aku datang dari Malaysia untuk bekerja di Australia secara sah dan tidak sah. Aku tak pernah bangkang kalau itu yang terbaik. Cumanya jangan dibiak cara bagaimana korang masuk kepada yang lain, kelak yang buruk adalah nama Malaysia.
Gambar dari Facebook Amar AB AZIZ

Malaysia adalah negara ke-2 dalam Immigration Top List 2013. Agak-agak tahun 2015 macam mana?

“According to an Immigration Department report, Migration Trends 2012-2013, visitors (44,800) and students (10,720) were the largest cohort of visa holders to overstay their visit. The highest number of visa overstayers in 2013 by nationality came from China (7690), Malaysia (6420), the US (5220) and the UK (3780).” – Syd Morning Herald, 2015.

Kalau bukan kita yang menaikkan negara kita, siapa lagi?

Malaysia Tanah Tumpah Darahku,
Amar Aziz

Berbalik pada pandangan Kak Kay dalam garis masa Facebook semalam, beliau menceritakan kebaikan berada di bumi Perth, tidak kurang juga dengan saudara Amar Aziz yang menceritakan perihal sebaliknya mengenai situasi tersebut.

Walaubagaimanapun, ini hanyalah pandangan peribadi mereka mewakili dari sudut pengalaman dan pemerhatian masing-masing yang sekian lama menetap di bumi asing.

Natijahnya, ia terletak pada kehendak masing-masing, samada sukar ataupun tidak untuk memulakan penghijrahan ini, samada tersemat dihati kemahuan yang menebal untuk berhijrah atau sebaliknya, anda yang tentukan.

Ia terpulang pada pendapat dan keinginan individu itu, ada yang ingin memulakan kehihidupan baru dan tidak kurang juga yang ingin mencari rezeki yang lebih dan mengubah nasib hidup.

Jika ditanya kepada sebilangan rakyat kita yang menetap di negara luar, tentunya ada kisah dan sebab tersendiri mengapa mereka merantau dan mencari rezeki di bumi asing ini.

Kesimpulannya ia berbalik pada diri kita samada adakah anda bersedia sepenuhnya hidup merantau di bumi yang jauh berbeza dari amalan budaya, agama dan adat asal kita.

2 comments.. read them below or add one

fbi fbi 28 February, 2016
erm..menarik. i sendiri pun ada kawan yg p australia kerja sana. bagi i, Malaysia still the best. I tak pernah pun salahkan menteri ka, gomen ka..itu semua politik rubbish. negara kita okey je. orang Malaysia tu sendiri yg buta mata peluang yg ada sini.
PAK.KARTA RUSDIANTO PAK.KARTA RUSDIANTO 01 March, 2016
KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

*angka ritual gaib singapura

*angka ritual gaib hongkong

*angka ritual gaib malyaisia

*angka ritual gaib sidney

*angka ritual gaib kuda lari.

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri