Dahlah Baju Nikah Tak Sempurna, Keluarga Designer Ini Pula Kurang Ajar Baling Helmet Pada Pelanggan



Dikongsi oleh Ibaidillah Othman
Motor aku dah lah tak seberapa, pastu di aniaya.

Kami nak kahwin 18 March 2016 dekat Sabah tapi masih lagi mencari designer baju sebab takde idea lagi kan. Kebetulan gi Majlis Pertunangan kawan tunang aku si (Lyana) lepas tu nampak lah pulak baju dorang, jadi dari situ lah kami start risik sewa atau beli kat mana baju tu. Dia pun rekemen dekat tunang aku designer dia (Azureen) "ZUREEN ZULKIFLI COUTURE" di seksyen 20 Shah Alam.

Kami pun jumpa lah dia lepas kenduri, bincang design and baju. Kain kami dah beli awal2 sbb dah tau nak kaler apa. Cuma design tak tau nak buat apa, minta lah advice and kepakaran dia.

Bila setuju kami pun pass lah kain on 2nd Jan 2016. Kira ada masa dalam 2 Bulan sebelum kahwin untuk fitting sebelum Our big day. Bila pass kain dia ckp sume ok, boleh follow design kami nak. Sumenya manis smpai kami percaya dan tak cerewet.

Tunang aku (Lyana) bila boleh siap. Designer (Azureen) cakap boleh siap akhir bulan 2, time tu boleh fitting and alter kalu perlu.
Tapi bila kami followup masa 28 Feb, Designer (Azureen) cakap baju tak start jahit lagi. Baju laki je baru siap separuh. Kami pun cuak lah pasal dah dekat nak date kahwin. Lagi 2 minggu nak FLY Sabah. Aku dah bg baju melayu contoh untuk dia follow bulat2 so senang sikit keje dia. Sekali aku dapat, Tgn besar sebelah, malah jahitan pun tak rapi.

Baju tunang aku (Lyana) tak ada langsung. Alasan dia (Azureen) bagi mula2 kata Denggi, kami pun consider lah sbb sakit kami pun paham. Lepas tu kami followup lagi beberapa hari lepas tu 1st March, katanya kain tak cukup. Tunang aku (Lyana) ckp lah tlg je lah beli, nnti kami byr je brapa nak dia charge, dia kata OK. Bile di tanya esok, kata nya tak boleh follow design yg awal2 kita setuju, dia suh pilih design lain, kat situ tunang aku (Lyana) dah benggang sbb tak dpt pilihan dia nak, tp dia follow je sbb dah nak dekat FLY dan nak senangkan keje dia.

Ari ahad ari tu 5th March, Tunang aku (Lyana) contact bile nak fitting. Designer (Azureen) cakap petang, bile dah petang di whatsapp tak berbalas, bile call tak angkat. Waktu Malam baru Designer (Azureen) balas ckp di hantar baju tu dah siap and hantar gi Dobi. Bila tanya mana dobi and kedai dia, dia tak nak bg tau lokasi. Jadi tunang aku (Lyana) jumpa kwn dia nk tanya mana kedai dia. Kwn tunang aku (Ecah) kata dia kedai di rumah. Jadi kami pergi ke sana nak tanya lebih lanjut. Alasan designer (Azureen) kasi tau dia kat umah atok dia. Banyak juga alasan dia bg nak mengelak jumpa kami.

Semalam, 8th March. Kami pun gi lah tmpt dia sbb nak amik baju. Designer (Azureen) cakap boleh collect kol 9.30pm. Bile dah sampai depan rumah, dia takde tak balik lagi dr amik baju kat dobi.
Mak dia suh tggu kat luar rumah, kami bukan nak sergah rumah orang, tapi dah kat situ kedai dia nak wat cam mana. Kami tggu lah dari 9.30 mlm smpai kol 12.00 mlm baru dia balik.

On the spot, Tunang aku (Lyana) amik baju and check terus. Baju nikah masih di dlm beg asal kami bg bkn dlm plastic dobi ye. Nampak sangat kantoi menipu kat situ. Tunang aku (Lyana) tanya lah kenapa cam ni. Tak siap2 lagi, Dia tak terjwb2.

Tiba2, Bapa Designer (Azureen) keluar suh kami balik. Dah dpat baju suh kami balik, ugut nak bakar motor aku bagai. Aku kat sana diam je tak campur gaduh perempuan. Bapa dia datang depan aku pandang langgar bahu aku. Aku pun ke belakang lah sikit, kot2 kacau jalan dia. Tetiba, adik dia dtg dekat moto aku amik helmet yg aku sangkut kt side mirror. Adik dia pergi melulu dekat tunang aku (Lyana) cam nak hentak ngn helmet aku. Mak dia cuba halang, Aku pun cakap kt Tunang aku (Lyana) "balik lah kita dah teruk sngt ni". Bapa dia masuk dalam cam nk amik senjata, adik dia entah apa hal cmpak helmet aku kt moto. Aku baru tgur adik dia "Bro, helmet". sekali Helmet terbang daa, hampir2 nak kena sbb aku berdiri sebelah moto. "Jammed kejap kepala otak aku sekejap". Aku kutip Helmet terus aku blah ngn tunang aku (Lyana). Boleh lagi jerit kat kami, ko report lah polis pun kitaorang tak takut lah.

Dari niat nak amik Baju Nikah, terus jadi scene nak gaduh. Apa lah dosa kami ni. Bukan kami nak aibkan pihak dia, tapi cuba korang letak situasi kami kt korang? Jumaat ni 11th March nk FLY. Baju takde lagi. Tunang aku (Lyana) non stop nagis smpai sekarang pasal takde baju untuk our BIG Day.

1 comment... add one now

Kantung dibentangkan Kantung dibentangkan 13 March, 2016
Kekdg bukan taknak faham tukang jahit baju neh. Tapi kalo rasa tak mampu janji berjanji. jangan amek jahit baju pun. Inilah melayu. Saya sendiri ada pengalaman hantar pada org melayu. Mahal tak pe, sbb niat dari awal nak tolong bisnes org melayu. Tapi bila services mcm haram J. berjanji boleh siap 1 bulan pastu on the date, terus lenyap sesiapa pn boleh marah.

Kes aku neh, siap boleh buat cite sedih cakap anak sakit lah, suami tak boleh bangunlah. Bila nak amek balik kain, cakap kena sabar lah jahit pn senang lah. Kalau senang, aku tak da nyee nak hntr baju kt tukang jahit, baik aku jahit sendiri. Bila berniaga jagalah hati customer. Kena bijak uruskan perniagaan.
Bangsa cina, walau susah mana dia, org tatau. Sama ada dia htr kawan jahit ke apa ke janji baju kena siap. Customer kena dijaga hatinya. Itu org cina yg pernah bgtahu saya.

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri