Elak Berkahwin Dengan Awek Kaki Melancong


Artikel ini adalah hasil perkongsian Jomjalan

Semakin ramai wanita berkerjaya, semakin tinggi pula keinginan mereka untuk melancong. Terima kasih kepada penerbangan tambang murah seperti AirAsia, wanita begini sudah mula terbuka matanya.

Soalnya sekarang, seronokkah berkahwin dengan si dia yang ketagih melancong?

Walaupun kami menggalakkan anda bercuti, berikut adalah 7 sebab mengapa anda perlu mengelak berkahwin dengan awek yang gila melancong.

1. Dia tidak kisah dengan penampilan


Bila dia ke tempat kerja, dia bersolek ala kadar. Di rumah, dia selesa dengan baju kelawar 3 tahun dulu yang koyak di ketiak.

Di jalanan dia sudah biasa berbaju T tidak bergosok dan berseluar jeans lusuh. Rambutnya yang tidak bersikat disembunyikan di sebalik anak tudung.

Kebanyakan wanita sebegini hanya wangi dan cantik di pejabat. Tetapi selekeh di rumah.


2. Dia Tidak Romantik


Mahukan isteri romantik yang tidur di lengan anda sewaktu bersama-sama menonton TV? Elakkan awek kaki melancong.

Rata-ratanya kurang feminin, dan tidak iri hati pun dek kelembutan pelakon Korea. Jika mereka mahukan apa-apa, mereka akan berterus-terang. Tidak pujuk rayu, tiada madah berhelah. Tetapi layanannya kepada anda adalah seperti layanan tokei Cina di kedai hardware.

Jika dia dilanda kesedihan, dia tidak perlukan anda. Dia sudah biasa berdikari. Dan dia tidak perlukan kata-kata manja dan lembut dari anda. Kalau dia keluar rumah dengan kereta tanpa izin anda, jangan terkejut. Si dia sudah biasa mengembara tanpa merujuk sesiapapun.


3. Egonya Melangit


Jika anda mahu suara anda dipatuhi, jangan kahwini perempuan yang suka mengembara. Dia mahu bebas. Dan dia terbiasa membuat keputusan sendiri di jalanan.

Bila anda menahan keputusannya, dia akan bermasam muka. Dia sudah biasa membuat keputusan tanpa dihalang oleh apapun, kecuali oleh pegawai imigresen atau jadual keretapi.

Sebelum membuat keputusan dalam soal rumahtangga, anda perlu merujuk kepadanya terlebih dahulu. Bukan apa, dia fikir dia lebih bijak dari anda. Jika dia boleh pulang ke Malaysia setelah hilang passportnya di Poland, apa sangatlah menyelesaikan isu rumahtangga di Taman Tun?

4. Belanja Tinggi


Ya, dia mungkin tidak kisah dengan make-up MAC atau beg Prada. Tetapi jangan pula anda sangka yang anda dapat berjimat.

Jika hadiah ulangtahun pasangan lain cuma beg tangan baru beratus ringgit, bersedia untuk menghabiskan berbelas ribu untuk si kaki travel.

Setahun sebelum ulang tahun, dia akan mengingatkan anda tarikh ulangtahun dan sudah mula membelek buku pelancongan Lonely Planet. Sewaktu anda kusut memikirkan bil yang perlu dibayar, dia pula hanya sibuk merancang aktiviti di destinasi lawatannya kelak.

Dan kalau ramai isteri sudah teruja dengan pakej membeli belah di Langkawi, dia hanya menguap bila anda katakan yang cuti hujung tahun ini destinasinya di Pekan Kuah.


5. Anda Membosankannya


Makan malam di restoran angkasa Menara Kuala Lumpur hebat? Fikir sekali lagi.

Untuk si kaki travel yang sudah membuat terjunan bungee jumping di New Zealand, menawan ombak di pantai Sydney dan menaiki belon panas di Istanbul, tiada apa yang hebatnya dengan makan malam di menara atas bukit.

Jika anda anak bendang yang sudah biasa makan nasi 3 kali sehari, anda akan membuatnya bosan. Lidahnya sudah mengenal roti Perancis, sushi Jepun dan kopi Arabica. Jadi makan nasi lemak sotong di rumah sambil bermain X-Box di hujung minggu memang tidak cocok dengan jiwanya.

Dia suka bebas di luar, bukan dipenjara di rumah.


6. Dia ramai kenalan lelaki


Apabila anda ambil keputusan berkahwin dengan awek kaki melancong, bersedialah untuk membuang rasa cemburu.

Dia mesra dengan semua. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Bertahun di jalanan menyebabkannya petah berbicara. Dia juga ada ramai kenalan lelaki yang bersama-sama mengembara dengannya.

Hobinya itu cinta pertamanya. Dan anda cinta keduanya. Jadi jangan halang dia untuk berjumpa atau bercakap dengan sesiapapun tentang cinta pertamanya itu.Jadi pendam sahaja rasa sakit hati anda itu.

7. Bersedia untuk ditinggalkan


Jika syarikat anda jatuh bankrap atau kereta anda rosak sewaktu tarikh kembaranya hampir tiba, nasib anda bakal semakin parah. Dan hati anda bakal patah.

Si dia yang suka travel takkan mengorbankan apa yang telah dirancangnya. Jika anda berkahwin dengan dengannya, bersedialah untuk melepaskan si dia pergi bercuti seorang diri.

Si dia tidak perlukan anda. Dan si dia tidak menunggu sesiapapun.

Baginya anda tidak ubah seperti beg bagasinya sahaja — jika hilang, masih boleh diganti semula. Beg ‘bagasi baru’ yang bakal dicarinya nanti mungkin lebih baik.

Apa kata anda? Beranikah anda kahwini awek si kaki travel?

1 comment... add one now

Lubly Fa Lubly Fa 02 May, 2016
this article are so ridiculous! hahaha. pompuan romantik tu tak kisah travel ke x, kalau naturally romantik, mmg akn romantik.

sape ckp pompuan travel x kisah dgn penampilan? me, myself kat umah pon kemas n bersih ok. bkn luar umh je nak cantik, dlm umh pon kene la cantik. da kawin nanti lagi la kene cantik2 dpn suami. actually, 1st reason dlm artikel tu pon da berbau jeles kat pompuan travel. haha

ego xde kene mengena dgn pompuan travel je ok. sume org ada ego. its just that how u and ur partner give and take in solving the problems and how u compromise with it. based on my experience, org yg x travel ni ego nye lg besar, lagi berlagak mcm 1 dunia dye penah pegy. padahal, cakap je lebih. awek yg suke travel ni akn jd more knowledgeable and build more self confidence. they learnt how to manage theirself especially with money when they are in the other country.

oh about money plak artikel tu ckp. well weols xde shopping2 pakai prada tu sume okay. mostly our money kene saving sbb nak byr flight, hotel, add on luggage n foods. then kene bwk duit belanja utk naik bus or train at the other country. well cost for saving money for travel are much more cheaper than buying 1 bag of prada or LV. nampak sgt org yg update artikel ni x penah nak berjalan dlm or luar malaysia. atau dye baru putus dgn awek travel. gitu.

and about traveling in malaysia. i dun think that was a problem for awek travel. x kisah dlm or luar, nama pon travel, awek travel confirm suke. :) even kl to pd, kl to pj, kl to klang pon da berbaloi ;)

dinner at kl tower? wow awek travel ke bkn awek travel ke confirm2 akan excited bile org ajk g mkn situ. btw, ada ke nasi lemak sotong kt kl tower??? mknan kl tower pon hebat2. se gah mkanan di hotel 5-6 bintang. so tolong jgn mempelekehkan kl tower. even nasi lemak is one of our favorite dish. awek travel will be more appreciate her own country than the one who never go for travel.

berkwn biar ramai, bercinta biar satu. x slh kwn laki ramai, share info share idea dari lelaki yg ada byk skandal tau nak menggatal je kan. spot the different pls! bile kat luar, kite ada happy sgt bile jumpe org msia. that time la borak2, tanye nak g sane tmpt tu kene naik train ape, byran bape, kat mane mkanan halal. kalau berlagak, pon x kemana kan.

nape plak nak kene bersedia di tinggalkan? im so not understand with the last reason tu. haha. awek travel ni plg best utk bercinta. kalau jln mane2 dye akn plan, reschedule, and make a survey on that place. siap buat paper work and bajet okay. awek travel are very good planner. ;)

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri