Suami Bagi Tempoh Sampai Tahun Depan "Kalau Tiada Zuriat Juga Kita Cerai"

Lihatlah dunia..

Walaupun anak itu lahirnya dari rahim perempuan, tak semestinya dia wajib melahirkan. Anak ni semua kurniaan Tuhan buat kita. Nikah tak semestinya terus mengandung. Kalau dah tak ada janganlah sampai berpisah ikatan..kesian isteri tertekan untuk melahirkan

Mungkin ego si suami rasa tercabar, seolah² dia tu lelaki tak berguna. Kawan² pun main peranan juga, janganlah laju sangat mulut tu nak bertanya. Eh ko nape tkde anak lagi? Tak power la. Tak hebat la. Bukankah yang Maha Berkuasa itu Allah? Kalau DIA tk mahu mmberi itu kerna DIA tak mahu beri, itu kehendak dan kuasaNya. 

Kita siapa nak cabar manusia sana sini. org sekeliling mmg akan terus bertanya. Umpama anak itu sumber bahagia paling utama. Mmg anak penyeri rumahtangga namun berapa juta pasangan yang masih jua bercerai sungguh anak sudah berderet jumlahnya. 

Masih nak kata anak itu punca bahagia? Allahurabbi. Yang beri bahagia itu Allah swt. Bukan manusia, bukan sape². Hanya Allah blh beri bahagia. Jika benar anak itu jaminan cinta kekal sampai ke Syurga, kenapa masih ada yang setia ke hujung nyawa walau tiada zuriat bersama?

Anak ini adalah ujian buat pasangan jua. Yang ada anak mampukah mendidik mereka melaksanakan perintahNya. Yang takde anak mampukah bersabar dengan penantian yang lama? Ini semua bahagian masing². 

Ada anak kadang tak patuh perintah agama kelak menyusahkan kita di alam sana. Anak ini bkn sekadar darah daging sahaja. Anak barangkali blh jd anak angkat, anak saudara atau anak yatim yang kita perlihara tetap mendapat bahagian sedekah amal jariah buat kita.

Bagi yang blm punya anak bersabarlah. Allah nak tunjuk kekuasaanNya. Sengaja nak beritahu kita, redha itu sifat hamba yg bertaqwa. Sengaja nak tunjuk pada kita, yang punya kuasa mutlak adalah DIA sahaja. 

Kita hanya perlu minta dan bersabar. Dia akan beri jika tdk di dunia kelak di akhirat sana dan lebih bahagia dri kehidupan yang pernah kita lalui.

Bagi yang blm punya zuriat, inilah peluang habiskan waktu bersama, beribadah bersama tanpa dignggu fokus menjaga bayi yang masih kecil. Jika ada, kita laksanakan tanggungjawab kita. Jika tiada, kita teruskan mengabdikan diri padaNya. Sedarlah Allah mahu kita lebih mesra dalam rmhtangga dan lbh sabar menempuhi ujianNya.

Bagi yang selalu bertanya, kami pun selalu berharap kepada Allah swt. Dah biasa dengan pertanyaan "bila nak ada anak ni?". Kami dah biasa dengan menjawab " InshaaAllah". Kami dah biasa dengan sindiran "tak suburlah". Kami dah biasa menjawab " Alhamdulillah, rezeki tetap pemberian Allah".

Tak apa, kami belajar redha walau rakan yang lain semua dah menimang cahaya mata. Bukankah sifat sabar itu mengajar erti seorang hamba? Soalan manusia adalah soalan biasa. Tuhan sebenarnya beri lebih banyak nikmat yang tak terduga dan tak terbalas oleh kita. 

Kadang kata² bukan sekadar menyedapkan hati sahaja. Tapi mmg kebenarannya tiada nikmat yang mesti didustakan. Kurniaan Allah swt bkn hanya anak sahaja. Banyak lagi rezeki yang kami dapatkan yang barangkali mrk yg punya anak lansung tak berpeluang merasakan. Allah Maha Adil

Bertabahlah hati yang menanti kehadiran zuriat sendiri. Ini mmg kehendak manusia namun bg Allah sgt besar hikmah yang tersedia buat hmbaNya yang benar bertaqwa. Jangan kerana anak, kita mensia²kan pasangan hidup kita. Kelak nnt Allah tarik nikmat yang lain pula bagaimana. 

Bersyukurlah apa adanya. Dan berusahalah setakat yang terdaya. Dan memintalah terus kepadaNya kerna tiada permintaan yang akan kembali dengan sia². 

Wallahualam.

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari nikmatku maka sesungguhnya azabku sangat pedih”(TQS. Ibrohim:7)


Gambar : Sumber FB
Kredit : Sufiyyah Ramadhani

1 comment... add one now

Nora A Nora A 05 April, 2016
kalau sayatak payah tgu hujung tahun ni la...hari ni pun boleh kalau dapat laki macamtu.dia memang tak sayang kita..buatpa tgu lagi....cuba suruh dia pg cek kat hospital..ntah2 dia yang bermasalah..jahil la laki dia...tak percaya pada ketentuan Allah...

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri