“Aku Takkan Minum Di Zawara Coffee Lagi”


Ini kisah saya menagih simpati. Semoga sahabat handai sudi baca 

Tanggal 24hb April 2016, saya dan kawan commolot sampai mati Zuhairah Mokhtar pergilah breakfast di Zawara Coffee @ Ayer 8, Putrajaya.

Petang kemudiannya saya telah diserang cerry-berry yang amat mengagumkan. Bila saya siasat balik apa yang saya makan dari tengah hari semalamnya hinggalah tengah hari itu, saya berkesimpulan semburan tahi yang keji itu berpunca daripada Teddy Bear Milkshake oleh Zawara Coffee. Keputusan ini dicapai kerana semua makanan yang saya makan pun dikongsi dengan orang lain kecuali milkshake tersebut dan saya seorang je lah yang terlebih bertuah terkena sumpahan tandas itu.

Lalu saya pun meninggalkan review di Instagram Zawara Coffee (sila lihat gambar) dengan harapan mereka akan memperbaiki kualiti makanan pada masa hadapan. Tak hingin pun diorang bayar balik ke bagi baucar ke sebab memang hati dah tawar nak kesana lagi. Makanan yang saya beli di Zawara Coffee pada pagi itu memang kurang sedap dan overpriced tapi bab itu tak kisahlah, selera orang lain-lain.

Entah kenapa hati tergerak nak screencap semua komen yang saya tulis di Instagram Zawara. A few hours later when I checked again, lo and behold, they have deleted my comments. 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻

And they have blocked me on their Instagram. Syabas beta! They didn't respond at all. No replies, no DMs. Selambe katak je delete feedback customer. Patutlah semua komen-komen kat page dia lawa-lawa bak rainbows and unicorns.

Finally (penat uols baca baru sampai khens), here are my points:

1. Peniaga jenis apa yang tak boleh terima feedback?
2. Kalau awak delete semua komen negatif, itu dah menipu customer lain. Because awak menggambarkan seolah-olah awak perfect, which is far from reality. 
3. You portray your brand macam Islamic sangat. Islamic ke kalau dah tak jujur camni?
4. Entah berapa banyak komen lagi yang Zawara Coffee dah delete. 
5. Saya marah dan kecewa bukan sebab makanan Zawara Coffee tak sedap, mahal dan menyebabkan cirit-birit. Saya marah dan kecewa sebab Zawara Coffee biadap, ego, dan memandang rendah pelanggan.

So, this is my last resort. Saya tahu saya ni pun bukanlah orang popular yang boleh buat benda ni sampai viral. Kawan FB pun 300 jah padahal orang lain beribu kau 😅😂😭

Tapi kalau kawan-kawan sudi, tolonglah kongsi cerita ni atau tag Zawara Coffee. I want them to know that customers must be treated right. Kalau dah tersilap, acknowledge dan improve. Bukan buat bodoh je. Kita cuma nak orang berniaga ini biar ikhlas tulus dari atas sampai ke bawah. Bukan takat dok buat best kat social media je.

Sekian coretan saya.

p/s: No worries. Dubur saya telah kembali sihat selepas 2 hari. Tetapi hati masih terluka mengalir darah bernanah kerana diperkotak-katikkan sebegini rupa 😢😢😢











{ 11 comments.. read them below or add one }

iv'smoments iv'smoments 03 May, 2016
biase org lain mkn xde prob pun..i mkn pon ok je..
wahida wahida 03 May, 2016
Mungkin si pencerita ni minum milkshake n plus cake n whatever food dia telan..mungkin perut dia tak hadam dgn betul and setiba waktu lunch ..dia pun makan lagi.akhirnya susu n makanan yang dia makan berkocak..itu dia kena impak maksima cherry berry tahap muntah..becoz makanan dlm perut bole jadi basi...situasi awk sama mcm saya..cuma saya,minum milshake di cafe lain...rilekslah..mcm ner melayu nk maju...lain kali send email to customer rite..
muhd arham muhd arham 03 May, 2016
kalau ade rase yng tak kene pegi jelh jumpe supervisor, cakp baik2. manusia bukannye perfect pown. takkn lah ade staff yng sanggup nk poison customer. kalau nak bagi feedback, pegi kat outlet tu dn mintk kertas, diorng ade sediakn kerts for feedback, dn dari situ diorng akn siasat balik kesilapan diorng
AnonymousAnonymous 03 May, 2016
Wah sesedap hati je nak orang share story kau yang kena cherry berry tanpa ada bukti kukuh. Aku mati2 ingat kau pergi jumpa doktor buat check semua dan confirm hasil cherry ko tu daripada air yang diminum. Rupanya2nya has; kajian saintifik kao dan rakan-rakan ko yang tak bertauliah...Siap nak hadap voucher lagi ekk? Gila perosak bangsa reviewer macam kau ni...
Dean Baddaruldin Dean Baddaruldin 04 May, 2016
Zawara delete sbb kau dah meroyan dlm page dia. Customer always right pun pada tahap pemikiran peribadi je dik. Kau tak boleh nk paksa semua orang jumut mcm kau. Ada je proper channel kau give feedback. Tp kau nmpak zawara tak profesional. Hilang satu customer mcm kau ni dah buat rahmat bagi sekelian peniaga yg bertapak kau tau. Ngaji tu dah tinggi, bodohnya pulak bertingkat. Shame on you��
SAHIRsabri SAHIRsabri 04 May, 2016
Biasa latu kadang makan kat mcd pon bley cer berr abis ko x viralkan plak!! Orng melayu islam pnya bisnes ko nak buat camni plak.. Cer klu ko bkak bisnes then orng buat mcm ni.. Pikir sikit bley je private text drng.. Abis klu suma mcm ni mkanya bisnes orng melayu atau islam berakhir mcm ni je la ngn hasrat dengki ko!!
Unknown Unknown 04 May, 2016
Mungkin anda tertelan taik gigi sendiri..lantas terkena cirit birit..atau bahas saintifik nyer bontot mau bersin bertubi2..hahahaha..sekian..
Zatul 86 Zatul 86 08 May, 2016
Sape yng viralkan ni memang bodoh..ko ade masalah sikit2 nk viral jatuhkan bisnes org..bodoh punya dayahmazlan
Zatul 86 Zatul 86 08 May, 2016
Sape yng viralkan ni memang bodoh..ko ade masalah sikit2 nk viral jatuhkan bisnes org..bodoh punya dayahmazlan
HoneyCrisp HoneyCrisp 25 May, 2016
Sorry to say, bukan nak jatuhkan bisnes tp memang rasa spagetti die tak boleh telan hahaha. Pelik boleh added as a menu.
AnonymousAnonymous 19 July, 2016
Tgkla dayah mazlan tu pakaian mcmmne...baju xde lengan, skirt atas lutut..mnela nk consider psl org islam bka bisnes..sakit perut terus hentam2 nak tunjuk semua org kt instagram. kot2 sakit perut sbb masuk angin.xyhla over sgt, nt org fikir dengki.

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri