Tips Simpanan RM1000 Setiap Bulan Untuk Mereka Gaji Basic RM1,650 Kebawah




Ramai dikalangan kita yang tak tahu cara yang betul untuk menguruskan wang. Dengan gaji basic RM1650, Mokmok berjaya menyimpan wang serta buat sikit pelaburan dalam i-ASB.

Kami harap dengan perkongsian tentang pengurusan wang daripada Mokmok ini dapat membantu anda memulakan simpanan sendiri. Mulakan saving dari sekarang. Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Assalamualaikum

Aku nak cerita tntg pengurusan kewangan aku.

Aku kerja biasa2 saja. Gaji basic RM 1650. Tu pun baru naik bln lps. Ada degree, tapi gaji halus je. Huhuhu maklumlah cgpa x tinggi, dulu belajar main2, padanlah dgn muka. So, adik2, belajarlah sungguh2 dan yg paling penting soft skills.

Selain basic salary, adalah OT dan rewards. Campur2 semua lps tolak EPF n socso, lbh kurang 1800++.

aku bertuah sebab tak perlu keluarkan duit untuk menyewa rumah, sbb ada rumah peninggalan abah di kl. Tinggallah aku bersama2 mama dan abang. Masing2 keluarkan duit utk bayar bil2 dan barang dapur. Aku masih lagi bujang dan tak ada sebarang komitmen. Bulan2, aku menyimpan RM 1000.

Aku punya target tiap2 bulan, mesti simpan RM 1000. Ikutlah kemampuan korang.

Aku kerja naik moto je, parking RM 1 je hari2. Lunch selalunya beli tepi jalan pagi2, dalam RM 3++. Kalau rajin bawa bekal. Dulu aku rajin, sekarang malas skit. Huhuhu minyak moto RM 5 utk 3-4 hari. Sekarang ni naik public transport lagi mahal dari motor. Aku pernah kira, dari rumah ke tmpt kerja aku, pergi n balik memerlukan RM 12. Gila mahal. Naik motor mmg kurang selamat, tapi ikthiar je la. Niat baik nak g kerja n baca doa minta dilindungi dari malapetaka.

Cara aku simpan duit.


1. Gaji – saving = belanja
2. Dari belanja tu, tolak semua keperluan bulanan, cth bajet utk minyak RM 40/bulan, duit parking, bil, duit utk mama, top up, sedekah etc.

Lepas dah tolak semua tu, barulah duit digunakan utk enjoy. Selalunya, lps dah tolak semua kat atas tu, adalah baki dalam RM 300- 400. Tgk nasib, ada byk OT, byklah duit baki.

3. Menyimpan saja xbagus. Sepatutnya laburkan duit. So, dah setahun lebih aku menyimpan dan konfiden aku boleh displin, aku pilih utk buat loan i-ASB. Aku target nak buat selama 3-5 tahun, pastu cancel, dapat sikit duit, blh buat modal nak beli rumah. Loan yg aku buat cumalah Rm 100k. Aku buat dua sijil. Bahagi jadi RM 50k. In case ada masalah kewangan in the future, aku boleh cancel satu sijil. bulan2 cuma RM 550.

4. So, aku masih ada baki RM 450. Aku pun decide nak amik Takaful. Amik yang padan dgn diri sendiri. Rm150 bulan2 pun dah cukup. Sediakan payung sblm hujan.

5.Selebihnya bolehlah simpan. Utk motor rosak ke, sakit demam ke, HP rosak, utk raya, g melancong/umrah etc.

**korang buatlah ikut kemampuan,gaji, dan komitmen. Mulakan saving skit2. Lama2 jadi bukit. ;)

– mokmok
Kredit : IIUMC

5 comments.. read them below or add one

Mizz ErMa Mizz ErMa 26 May, 2016
susahnya nak saving..komitmen tight sgt.. =(
MHDFHMI MHDFHMI 26 May, 2016
dia dah mention yang di hanya pakai moto. sapa pakai kereta sakit lah. hahahahaha
Rita Amirah Rita Amirah 26 May, 2016
Tq bg tipss..sgt berguna untuk sy..
Dick Chong Dick Chong 29 May, 2016
Yang penting ikut kemampuan diri. Yg masih duk dgn family tu syukurlah xyah kuar duit tuk sewa. Kalau da berkemampuan tu jgn lupa bg ibubapa nafkah lebih.
Cincin Naga ...... Cincin Naga ...... 01 June, 2016
kalau xde sebarang komitmen bkn rm 1k...rm1.5k sbln aqu leh simpan siap naik keta pi keja lg...gaji br 2k

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri