Cara Baharu Perbaharui Roadtax & Insuran Kereta Mulai 1.9.2016


Artikel ini adalah hasil perkongsian melvister.com

Peraturan cara baru bagi perbaharui cukai jalan (roadtax) dan insuran kereta mulai 1 September 2016.

Menurut melvister.com, mulai 1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi membuat geran atau salinan yang hilang disebabkan penguatkuasaan sistem sijil VOC (Vehicle ownership certificate). Disebabkan itu, dengan penguatkuasaan penggunaan sistem geran sijil VOC ini, tidak ada lagi cetakan belakang pada geran setelah perbaharui roadtax di JPJ.

Berkuatkuasa mulai 1 September 2016, JPJ akan laksanankan pembaharuan roadtax tanpa geran secara menyeluruh di mana pemilik kenderaan wajib hadir untuk renew dan perlu membuat pengesahan cap jari sebagai liabiliti yang bertanggungjawab merenew roadtax sesuatu kenderaan bagi tujuan keselamatan serta mengelakkan penggunaan kenderaan klon.


Penggunaan Geran lama akan ditukar kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) mulai 1 Jun 2016
Bermula 1 September 2016, Renew Roatax dan Insuran tidak lagi perlu geran kereta di JPJ. Dengan sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ
Hanya perlu hadir ke JPJ dan buat pengesahan cap jari pemilik kenderaan yang sah sahaja.
Bagaimana jika geran asal kereta hilang?

Jika anda ingin maklumat kenderaan disebabkan geran asal telah hilang, anda digalakkan ke JPJ berhampiran bagi mendapatkan maklumat kenderaan (RM20). Dan panjangkan untuk pihak insuran satu salinan bagi perbaharui insurans atau claim insuran.

{ 11 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 12 July, 2016
Kalo blum tukar nama pmilik, mcm mna crita? Kreta asl smenanjung, owner dlm geran org sibu sarawak, saya d tuaran sabah! Guna cap ibu jari kaki, boleh?
Mohamed Yusliza Mohd Rozali Mohamed Yusliza Mohd Rozali 12 July, 2016
hurmmm... dia punya masalah.. kita yg kene jadi susah..
Tivakaran Tivakaran 12 July, 2016
Boleh buat kat agen insurans x? cam xleh je..
HasyA SopheA HasyA SopheA 12 July, 2016
mcm lebih menyusahkan je.. sblm laksana ptt kaji dulu dari semua aspek.. bkn dr sebelah pihak je (jpj).. nk mnyenangkan diorg tp kita yg berkerja ni kna fikir jugak nk ambil cuti bagai.. urusan bkn sepantas 30min.. mau 2 ke 3 jam berkampung kat jpj tu nt.. fikir2 lah..
hahaha hahaha 12 July, 2016
Bagaimana bg pemilik kenderaan yg berada dluar negara hendak perbaharui roadtax keretanya utk isteri yg pakai d malaysia ni?????
AnonymousAnonymous 12 July, 2016
Saya beli kereta atas nama sendiri.. tapi mak abah yg pakai.. sebab saya kerja luar malaysia. Takkan setakat nak renew semua ni saya kena blk sana?
norhisham derus norhisham derus 13 July, 2016
Semakin menyesakkan Dan menyusahkan,sepatutnya makin kedepan bukan kebelakang.Apabila pehak penguasa berjaya menyusahkan pengguna,mereka dianggap berjaya Dan apabila pengguna lebih mudah berurusan dianggap gagal ...apa semua ni??
Jamsari Jamsari 13 July, 2016
Menyusahkan rakyat. Phtuiii...
AnonymousAnonymous 13 July, 2016
Agak2 la kan... memudahkan atau menyusahkan? Masalah kereta klon ni masalah rakyat ke? Sampai rakyat yang terpaksa terima akibatnya? Boleh jamin ke masalah kereta klon ni selesai? Kalau kereta boleh klon, agak2 roadtax tak boleh ke?
Unknown Unknown 20 July, 2016
Nak matikan syarikat insurance dan agent kecik2
Roslan Roslan 09 August, 2016
Mohon kerat ibu jari bagi yang bekerja di luar negara

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri