Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
img_3236.jpg

Cinta Berputik Kembali Dengan Hans Isaac? Ini Respon Neelofa

Robot Merah by Robot Merah
4 years ago
in Hiburan
Reading Time: 1 min read

Pelakon dan pengacara popular, Neelofa menafikan kembali menjalin hubungan dengan Datuk Hans Isaac selepas gambar mereka menikmati makan malam bersama di Genting Highlands tersebar, baru-baru ini.

Hangat.com

“Bagaimana saya nak adakan benda yang tidak ada? Anda beritahu saya. Apa pun yang terjadi, saya dan Hans tetap berkawan.

“Dia kahwin ke, saya kahwin ke atau saya ada orang lain, kami tetap akan menjadi kawan sampai bila-bila,” kata Neelofa ketika ditemui BH Online, petang tadi.

Difahamkan, foto itu dirakamkan ketika mereka bersama beberapa teman termasuk Elaine Daly ke lokasi peranginan popular itu untuk menonton konsert John Legend yang berlangsung Ahad lalu.

Neelofa yang menjalin cinta dengan Hans selepas bertemu ketika membintangi filem Lemak Kampung Santan, beberapa tahun lalu berkata, hubungan mereka berjalan atas dasar profesional.

“Menjayakan projek bersama atau bekerja, itu akan selalu terjadi. Tetapi, saya dan Hans tahu bagaimana untuk meletakkan batas.

“Kawan dan keluarga menyaksikannya, malah mereka tahu perkara itu. Mereka menghormati persahabatan kami,” katanya lagi.

Ditanya mengenai dirinya selepas kontroversi pelancaran koleksi tudung Be Lofa dan sambutan hari lahirnya yang ke-29 di sebuah pusat hiburan, baru-baru ini, pengacara program MeleTOP itu enggan lagi mengenang apa yang berlaku.

“Alhamdulillah, saya gembira dengan diri dan hidup ini. Apa yang terjadi, ditulis dan diperkatakan, saya memilih untuk hidup gembira.

“Saya percaya ada benda yang lebih baik akan datang menyusul. Saya kena terus positif dan kekal kuat,” katanya.

rujukan Bharian

Trending

Ex
Media Sosial

“Lawan bang hahaha”- Ex-girlfriend mula ungkit pemberian lepas, sekali lelaki ini balas ‘hiburkan’ ramai

2 days ago
Mamat (4)
Umum

Video dengan Nadia Brian tular lagi, sekalinya Mamat tinggal komen- “Mulalah aku rasa…”

2 days ago
Sherry (4)
Umum

“Hampir tak cam”- Video Sherry Alhadad ‘kejutkan’ peminat, disangka Janna Nick

3 days ago
elly mazlein
Hiburan

Hormat Kehadiran Ustaz Kazim, Netizen Puji Tindakan Kak Lina Ubah ‘Style’ Baju

2 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia