Pelakon cantik dan terkenal, Uqasha Senrose diantara selebriti yang sentiasa menjadi perhatian ramai. Bakat lakonan Uqasha juga tidak mengecewakan peminat dengan style tersendiri sehingga namanya sering menjadi sebutan.
BACA: Gara-Gara Tular Komen ‘Rindu’ Di IG Ismail Izzani, Akhirnya Bekas Kekasih Beri Penjelasan !
Lakonan disukai ramai
Menerusi Instagram, lakonan Uqasha bersuara bingit membuatkan ramai terhibur malah video yang dikongsi Uqasha ini berjaya mencuri perhatian sehingga meraih lebih 378 ribu tontonan daripada netizen.
Uqasha yang dilihat sedang berlakon itu turut berseloroh dengan menulis kapsyen supaya lelaki yang ingin berkahwin dengannya agar berfikir masak-masak.
Ya ampun bingitnya
Rata-ratanya tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen dilaman Instagram Uqasha yang mana turut geli hati melihat gelagatnya dalam video tersebut.
Hahaha..ok ape dapat bini mulut bising…
Suara so cutee
Sumber: Uqasha Senrose