Baru-baru ini, kisah sedih menimpa keluarga usahawan terkenal iaitu Datuk Aliff Syukri dan isterinya, Datin Shahida apabila keluarga anak angkatnya dikenali sebagai Qayyum diminta dipulangkan oleh mereka.
Namun, keputusan Datin Shahida untuk tidak memulangkan semula kepada pihak keluarga anak angkatnya itu mendapat perhatian apabila dia memberikan sebab yang terbaik buat semua pihak malah untuk Qayyum.
Menurut Datin Shahida, anak angkatnya itu bukan ‘bola’ yang jika tidak dimahukan perlu dibagi dan sebaliknya malah isteri usahawan kosmetik terkenal ini juga memikirkan perasaan anaknya terlebih dahulu.
Akui tidak begitu sempurna tapi Datin Shahida berserah kepada Allah untuk menilai apatah lagi isu bibiknya yang dituduh mendera Qayyum juga menjadi punca masalah ini berlaku.