Isu ibu bapa yang tidak membenarkan anak menerima vaksin nampaknya semakin membimbangkan. Terbaru, seorang kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia akibat difteria dan bila disiasat, kanak-kanak tersebut tidak pernah menerima sebarang vaksin sejak lahir.
BACA: Wanita Ini Sanggup Belanja Wang Buat Pembedahan Plastik Pada Kucingnya Yang Dianggap Hodoh!
Susulan itu, kerajaan mengambil langkah mencadangkan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan dengan tidak membenarkan anak-anak yang tidak divaksin ke sekolah.
Malah menurut sebuah laporan memberitahu wabak penyakit berjangkit kian meruncing di seluruh dunia dan antara salah satu faktornya adalah disebabkan tiada vaksin. Cukup membimbangkan!
Beberapa hari lalu, Pakar Perubatan Keluarga, Dr Sakinah Sulong berkongsikan sebuah video beliau menemubual seorang ibu yang kehilangan anaknya akibat difteria.
Berikut adalah kapsyen yang dikongsikan oleh beliau yang disertakan bersama rakaman tersbut.
Malah menurut Dr Sakinah Sulong, rakaman temubual ini dibuat secara spontan tanpa mengikut sebarang skrip terlebih awal. Beliau turut meminta supaya jangan dikutuk ibu ini kerana dia sudah banyak menderita.
Jadikan perkongsian darinya ini sebagai pengajaran. Semoga ibu bapa yang ‘merampas’ hak anak-anak untuk dapatkan vaksin tersedar selepas menonton rakaman ini.
Sumber: Facebook / Astro Awani / Berita Harian