Bumbung rumah di Malaysia terdiri daripada pelbagai bahan dan jenis. Namun penggunaan atap asbestos pada satu ketika dahulu menjadi pilihan kebanyakan kontraktor rumah dan kilang kerana kosnya yang murah dan sejuk.
BACA: [FOTO] Penemuan Paus Di Dalam Hutan, Jauh Dari Laut Diselubungi Misteri!
Bagaimanapun penggunaannya kini semakin berkurangan, malah ada negara yang telah mengharamkan ia digunakan kerana atap asbestos menjadi salah satu penyebab kanser mesothelioma.
Bagaimana hanya kerana bumbung boleh menyebabkan terjadinya kanser ini? Menerusi penjelasan di halaman Public Health Malaysia, jika atap ini tidak diusik risiko mendapat kanser adalah sangat rendah.
Namun jika atap jenis ini pecah atau pun rosak dan terlibat secara langsung dalam mengendalikan asbestos, korang mungkin berisiko tinggi untuk mendapat radang asbestosis paru-paru dan juga kanser mesothelioma.
Cuba lihat di sekeliling korang ada tak serpihan atap asbestos di tempat pembuangan sampah atau di taman kanak-kanak? Jika ada, korang mungkin terdedah dengan risiko ini secara tidak langsung! Hanya dengan sebutir debu sudah cukup untuk mendapat kanser dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Berikut adalah langkah pencegahan yang boleh diambil:
- Kalau korang guna bumbung asbestos, pastikan bumbung tidak retak atau pecah.
- Jika pecah, pastikan proses baikpulih mengikut prosedur khusus DOSH dan Jabatan Alam Sekitar.
- Jika ada ternampak sisa bumbung asbestos di kawasan kejiranan, hubungi pihak berkuasa tempatan untuk proses pelupusan. Jangan bakar, tanam atau lupus sendiri!
Jangan biarkan anak bermain di kawasan yang ada asbestos. Kesannya selepas 30 tahun baru boleh nampak!
Antara tanda-tanda asbestosis dan kanser mesothelioma adalah:
- Sesak nafas
- Dada terasa ketat
- Batuk kering berpanjangan
- Sakit dada
- Kurang selera makan
- Mudah penat
- Demam
- Berpeluh sewaktu malam
Jika korang dapati memiliki gejala berikut dan berisiko terdedah dengan bumbung asbestos, dapatkan rujukan awal di klinik kesihatan berhampiran.
Sumber: Public Health Malaysia