Buat sesiapa yang biasa memotong rambut di kedai potong rambut India atau mamak pasti tahu akan kenikmatan perkhidmatan mengurut bahu dan leher yang disediakan.
BACA: Gajah ‘Mandi’ Serbuk Kunyit Tular Di Media Sosial, Tapi Reaksi Netizen Pula Memang Lawak!
Bagaikan satu kelegaan, lebih-lebih lagi dengar bunyi seakan ‘meletup’ atau ‘crak’ bila leher ‘dikepak-kepakkan’. Macam pakar urut pula bila tukang potong rambut melakukannya.
Risiko urutan leher dan bahu.
Namun begitu tahukah anda perbuatan itu ada risiko tersendiri? Malah ada kes yang menyebabkan seorang lelaki mengadu sesak nafas selepas menerima perkhidmatan sebegitu.

Lelaki berusia 54 tahun itu ke kedai gunting rambut kegemarannya untuk menggunting rambutnya. Seperti mana rutin kebiasaan, selepas selesai menggunting rambut, tukang gunting akan memberi servis tambahan iaitu urutan kepala dan tengkuk.
Mengadu sesak nafas.
Selepas menerima perkhidmatan itu, lelaki tersebut mengadu sukar untuk bernafas dan dia kemudiannya terus dikejarkan ke hospital menaiki ambulans.

Pemeriksaan MRI mendapati terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk lelaki itu. Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.
Perlu alat bantuan pernafasan sepanjang hayat.
Lelaki itu terlantar di hospital dalam tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat.
Ini adalah salah satu kes yang disebabkan oleh perkhidmatan selepas menggunting rambut. Perkara ini sungguh serius dan ia juga boleh menyebabkan kecederaan serius yang lain.
Pelbagai risiko lain.
Walaupun urutan ini memberikan kelegaan kepada sesetengah orang, namun untuk kebaikan dan keselamatan jangka masa panjang ianya amat tidak digalakkan.

Jika terlalu kerap melakukan urutan ini, saluran darah di tengkuk boleh tercedera dan lebih teruk ia boleh akibatkan pendarahan dan strok!
Jadi harapnya sebelum korang menerima urutan ini katakan tidak ya! Ngeri juga bila ketahui kesan-kesannya.
Sumber: Public Health Malaysia