Mohd Syukor Khamis pernah tular selepas foto yang diambil bersama kerbau peliharaan bapanya yang telah memenangi beberapa anugerah.
BACA: ‘Face-Aging App’ Trending Di Media Sosial, Adakah Ia Berbahaya Kepada Kepada Privasi Anda?
Lagaknya bersama haiwan-haiwan ini tampak cukup semulajadi membuatkan remaja berusia 14 tahun ini menjadi perhatian ramai dan diberi gelaran ‘Mowgli Malaysia’.
Terbaru, Syukor ke pentas layar pula dengan menjadi seorang pelakon untuk sebuah telefilem ‘Budok Kuba’. Sebuah telefilem yang diinspirasikan dari foto-foto Syukor. Dari gambar ke kaca TV, Syukor melakonkan watak utama dalam Budok Kuba ini.
Telefilem yang ditulis oleh Jo Sidek ini mengisah tentang Amar (lakonan Syukor) yang berpindah dari bandar ke kampung selepas ibu dan bapanya bercerai.
Ibunya membawa Amar pulang ke kampung dan tinggal bersama datuknya membuatkan Amar sukar untuk menyesuaikan diri. Setelah beberapa tahun, Amar suka tinggal di kampung dan menemui ketenangan dengan kerbau-kerbau peliharaan datuknya, Pak Mail.

Namun segalanya berubah selepas bapa Amar mahu anaknya tinggal dengannya di bandar. Apakah nasib Amar seterusnya? Anda boleh tonton telefilem arahan Hashim Rejab ini di Astro Citra pada 20 Julai, jam 9 malam.
Sumber: Bambam Studios / Gempak