Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
katak

Lelaki ‘Terpijak’ Katak Peliharaan Sendiri Ketika Buat Backflip

Nabilah by Nabilah
2 years ago
in Haiwan, WTF
Reading Time: 2 mins read

Jika dibandingkan dengan anjing, kucing dan arnab, membela haiwan seperti katak, hamster dan labah-labah adalah lebih mencabar.

Membela haiwan yang kecil atau bersaiz poket mungkin kedengaran mudah, namun keperluan penjagaan mereka adalah sedikit berbeza.

BACA: Bapa ‘Panik’ Lepas Hilangkan Hamster Anak, Netizen Terhibur

Ini kerana haiwan-haiwan yang kecil tidak boleh dibawa bermain dengan lasak seperti kita bermain dengan anjing dan kucing.

Saiz mereka yang kecil menyebabkan mereka sukar untuk dilihat dan senang tercedera, selain bunyi mereka yang tidak begitu kuat.

Oleh itu pemilik haiwan kecil tidak dapat meluangkan masa bersama haiwan peliharaan mereka dengan melakukan aktiviti lasak seperti berlari dan bermain bola.

Dalam perkongsian oleh seorang pengguna Twitter atas nama Anthony Hamilton Jr., rakannya telah membawa katak peliharaan ke stadium untuk melakukan aktiviti sukan.

Haiwan itu dilihat sedang duduk pada seluar pelajar tersebut apabila Anthony mencabar rakannya itu untuk melakukan backflip.

He accidentally killed his pet frog doing a backflip 😖 RIP Kermit 🐸😭 Am I a bad influence? 😂 pic.twitter.com/6CfekpJVH5

— ᴬᴺᵀᴴᴼᴺᵞ ᴴᴬᴹᴵᴸᵀᴼᴺ ᴶᴿ ⁶𓅓 (@hamilt0njr) November 23, 2019

Dia juga memujuk rakannya itu untuk melakukan aksi tersebut bersama katak itu di seluarnya dan meyakinkan rakannya bahawa dia tidak akan terpijak katak peliharaannya itu.

Selepas didesak beberapa kali, rakannya akur dan melakukan aksi backflip tanpa mengalihkan haiwan amfibia itu dari seluarnya.

Akibatnya katak tersebut terjatuh ke tanah ketika pelajar berkenaan melompat dan kakinya mendarat di atas katak tersebut.

Video yang telah mencecah 4 juta tontonan itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang rasa geli hati dan ada yang marah dan sedih.

Namun rata-rata menyalahkan pengguna Twitter tersebut kerana mempengaruhi rakannya itu untuk melakukan sesuatu yang tidak baik.

“Katak tu sepatutnya pergi dari situ…”

Annotation 2019-12-01 034936

“Tak patut ada haiwan peliharaan…”

Annotation 2019-12-01 035536

“Bukan tidak sengaja, dia tahu katak tu akan mati…”

Annotation 2019-12-01 040145

“Inilah yang jadi bila dengar cakap kawan…”

Annotation 2019-12-01 040439

“Pengaruh rakan sebaya…”

Annotation 2019-12-01 034107   Annotation 2019-12-01 040037

“Pengaruh jahat…”

Annotation 2019-12-01 040335

Sumber: Twitter

 

Trending

Ex
Media Sosial

“Lawan bang hahaha”- Ex-girlfriend mula ungkit pemberian lepas, sekali lelaki ini balas ‘hiburkan’ ramai

1 day ago
Mamat (4)
Umum

Video dengan Nadia Brian tular lagi, sekalinya Mamat tinggal komen- “Mulalah aku rasa…”

1 day ago
elly mazlein
Hiburan

Hormat Kehadiran Ustaz Kazim, Netizen Puji Tindakan Kak Lina Ubah ‘Style’ Baju

1 day ago
Sherry (4)
Umum

“Hampir tak cam”- Video Sherry Alhadad ‘kejutkan’ peminat, disangka Janna Nick

2 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia