Cabaran Wipe It Down Challenge masih menjadi trend yang hangat di media sosial, sehingga selebriti terkenal pun ramai yang sudah terjebak.
Wipe It Down Challenge adalah cabaran di mana refleksi yang berbeza muncul dengan sekelip mata ketika individu mengelap cermin.
Jika sebelum ini kita telah melihat trend ini dilakukan oleh Sweet Qismina bersama teman lelakinya, Uyaina Arsyad dan juga Janna Nick dengan pelbagai twist yang menarik, kali ini giliran ‘presiden TikTok Malaysia’, Aeril Zafrel pula untuk menyahut cabaran itu.
Biasanya orang lain menggunakan air atau Febreze untuk menyebur cermin, dalam video yang dikongsikannya Aeril di Instagram dan Twitter, pelakon tersebut dilihat berdiri di hadapan cermin sambil memegang penyembur serangga.
Wipe challenge accepted 😊😊😊 pic.twitter.com/1Ahjuq3CJC
— AERIL ZAFREL (@aerilzafrel) May 30, 2020
Dia kemudian menyemburkan ubat serangga itu pada cermin dan mula mengelap cermin mengikut rentak lagu Wipe It Down.
Namun apa yang mengelirukan dan membuat penonton tidak puas hati adalah apabila tiada apa perubahan yang berlaku pada refleksinya ketika dia mengelap cermin.
Perkongsian Aeril Zafrel itu membuat netizen geram dengannya kerana ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat kejutan di dalam video itu.
Ramai juga yang meluahkan rasa tertipu kerana menyangka dia akan berubah menjadi lipas atau nyamuk.
“Aeril Zafrel scam netizen…”
“Expectation aku terlalu tinggi…”
“Harapan palsu betol…”
Namun ada yang merasakan tujuan Aeril tidak melakukan apa-apa perubahan adalah untuk menunjukkan dia memang sudah kacak.
“Wipe bnyak kali pon masih good looking…”
“Tak kan sudi berpenat tukar baju…”
Lihat juga cabaran Wipe It Down Challenge lain di bawah.
Cabaran ‘Wipe It Down’ Janna Nick versi racer, “Jangan la kenyit mata…”
Berita TV3 Semakin Terjebak Dengan Trend TikTok, Netizen Terhibur