Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Foto sekadar hiasan / Kredit: violetta

Foto sekadar hiasan / Kredit: violetta

Kucing Kerumun Lelaki Berbasikal Mahu Beri Makan, Netizen Tersentuh

Ain Mahthir by Ain Mahthir
2 years ago
in Haiwan, Media Sosial, WOW
Reading Time: 2 mins read

Bagi peminat kucing pastinya tahu mengapa haiwan ini sering kali menjadi antara kesayangan ramai. Sikap mereka yang manja, bulunya yang gebu dan ia adalah haiwan pilihan ramai untuk dipelihara. Namun begitu, melihatkan kucing terbiar di jalanan mungkin boleh menyebabkan hati tersentuh.

Lebih-lebih lagi jika kucing tersebut nampak kurus dan kelaparan. Hati siapa yang tegar untuk melihatkan keadaan sebegini? Biarpun begitu, dengan adanya insan berhati mulia yang memberikan makan kepada haiwan jalanan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesengsaraan kucing-kucing di jalanan ini.

Itu yang dilakukan oleh seorang lelaki dalam satu video yang tular di sosial media baru-baru ini. Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter itu kelihatan sekumpulan kucing mengejar lelaki yang sedang berbasikal tersebut. Lelaki itu kemudiannya memberhentikan basikal dan kemudiannya diserbu oleh kumpulan kucing tersebut.

Foto sekadar hiasan / Kredit: violetta
Foto sekadar hiasan / Kredit: violetta

Rupa-rupanya lelaki itu sering memberikan makanan kepada kumpulan kucing tersebut di kawasan ini membuatkan ia sudah mengenali individu berbasikal. Berikut adalah video yang menjadi perhatian ramai itu:

Kucing pun tahu yang mana satu hamba Allah yang baik hati.
Belum lagi turun basikal semua kucing nak ikut hamba Allah ini. pic.twitter.com/bY9WkYUknK

— Tok Tek (@Tok_Tek) June 14, 2020

Video tersebut telah meraih lebih 166 ribu tontonan dan 25,300 retweets serta 32,900 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai hal ini di ruangan komen seperti berikut:

“Kucing akan sayang kepada orang yang sayangi dia”

Bagi makan kucing 1

“..Ni dekat Sungai Besar depan kedai makan tu…Patutlah banyak kucing, pak cik ni sumpah la baikkkk..”

Bagi makan kucing 2

“Alahai comel jee semua lari ke pak cik tu”

Bagi makan kucing 3

Sementara itu, berikut antara artikel menarik buat tatapan anda:

Lelaki Cuba Buat Video Mukbang Makan Mi Pedas Buat Ramai ‘Geram’!

Demi Jawab Peperiksaan Secara Online, Pelajar Ini Tidur Di Atas Pokok

SumberTwitter Tok_Tek

Trending

Ex
Media Sosial

“Lawan bang hahaha”- Ex-girlfriend mula ungkit pemberian lepas, sekali lelaki ini balas ‘hiburkan’ ramai

2 days ago
Mamat (4)
Umum

Video dengan Nadia Brian tular lagi, sekalinya Mamat tinggal komen- “Mulalah aku rasa…”

2 days ago
Sherry (4)
Umum

“Hampir tak cam”- Video Sherry Alhadad ‘kejutkan’ peminat, disangka Janna Nick

3 days ago
elly mazlein
Hiburan

Hormat Kehadiran Ustaz Kazim, Netizen Puji Tindakan Kak Lina Ubah ‘Style’ Baju

2 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia