Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
EamhqcRUYAUPJst-tile

Gambar Singa Kurus Di Zoo Negara Undang Persoalan, Ini Kisah Sebenarnya

Nabilah by Nabilah
2 years ago
in Haiwan
Reading Time: 2 mins read

Persoalan tentang kekurangan dana bagi menampung perbelanjaan untuk menjaga haiwan di Zoo Negara telah menjadi isu yang sering dibangkitkan hampir setiap tahun namun ‘misteri’ tersebut tidak pernah berjaya dirungkai.

Jika sebelum ini Zoo Negara yang dikhabarkan terkesan teruk oleh PKP telah menerima sumbangan berjumlah 8 juta dari kerajaan, beberapa syarikat besar seperti Gardenia serta golongan masyarakat. Baru-baru ini pula gambar seekor singa di zoo berkenaan yang kelihatan agak kekurangan berat, telah menarik perhatian ramai.

Pray for our skinny lion. This big cat
was once the king of his land.

(Today's picture by @zlkha_z ) pic.twitter.com/cSKtdphRyt

— MohdFaizalHassan (@f4izalhassan) June 11, 2020

Ekoran daripada perkongsian yang tular ramai yang sekali lagi mempertikaikan segala dana yang diterima pihak Zoo Negara dan membuat spekulasi bahawa mungkin terdapat penyelewengan yang berlaku.

Didn't Zoo Negara get the donations it needed? Something is not adding up here. https://t.co/Lq2tPnNmTc

— Farhan (@lamkanahraf) June 11, 2020

Malah ada yang mengadakan petisyen menggesa pihak Zoo Negara agar lebih telus dan menunjukkan laporan audit bagi menjelaskan situasi sebenar.

this is what happened when i click to find zoo negara’s annual reports & key personnel.

there is no transparency. this is so wrong. pic.twitter.com/3rbIWzYEz5

— freyr (@sunfloweraidil) June 12, 2020

1.3mil baru cover sebulan.

Nevertheless, Zoo Negara management should be transparent and show their audit report to clean their name.

— Zhafran (@zhafran_lxxvii) June 12, 2020

Di samping itu beberapa individu yang berpengalaman menjelaskan bahawa sekurang-kurang 1.3 juta diperlukan setiap bulan untuk menampung perbelanjaan haiwan-haiwan di sana, tambahan pula singa bernama Manja Kani itu sudah tua dan berat badannya perlu dipantau.

🦁🤟🏻 https://t.co/ZQ9Xr5XKBo pic.twitter.com/orEeH6uGvu

— 𝗦𝘆𝗮𝘇𝗮𝗻𝗮🥰 (@SheIsGlowinggg) June 12, 2020

Namun satu temubual bersama timbalan presiden Zoo Negara menjelaskan bahawa pertukaran diet dari daging kepada ayam untuk mengurangkan kos perbelanjaan semasa PKP adalah punca singa jantan Afrika berusia 15 tahun itu kurus kerana dia tidak begitu gemarkan ayam.

Just interview now with timbalan presiden zoo negara malaysia Rosly @ Rahmat Ahmat Lana kes singa kurus tu sbb tukar diet dari daging ke ayam di sebabkan PKP, bekalan daging kurang. Lion tu tak berminat pada ayam. Jd dia kurus sikit tapi dia sihat cc @zlkha_z @f4izalhassan pic.twitter.com/pwK4NU11VD

— nadia (@nadiazaman__) June 13, 2020

Sementara itu, laporan terbaru pula mendakwa punca Manja menjadi kurus adalah kerana mengalami perubahan corak pemakanan dalam musim mengawan. Singa tertua di Zoo Negara itu dikatakan terlalu sibuk mengawan dengan singa betina, Manja Ela sejak kebelakangan ini sehingga tiada selera makan.

Sibuk mengawan sampai tak makan, punca singa Zoo Negara jadi kurus #AWANInews #HapusCOVID19 #DisiplinMalaysia https://t.co/lbybxy0K39 pic.twitter.com/LCEuOYMAWX

— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) June 16, 2020

EanKaHrUMAETWv8

Walaupun badan singa itu kelihatan kurus, Manja Kani dilaporkan sihat dan tidak dibiarkan kelaparan seperti yang dikatakan ramai. Malah dia juga dilaporkan sudah bertambah berselera selepas dietnya ditukar semula kepada daging.

Baca lebih lanjut berkenaan Zoo Negara di bawah ini.

Zoo Negara Berjaya Raih 1 Juta Dengan Bantuan Dana Orang Ramai

Harimau Malaya Dijangkiti Covid-19, Dipercayai Dari Penjaga Zoo

SumberTwitterAstro Awani

Trending

Ex
Media Sosial

“Lawan bang hahaha”- Ex-girlfriend mula ungkit pemberian lepas, sekali lelaki ini balas ‘hiburkan’ ramai

2 days ago
suara mickey mouse
Hiburan

Suara Mickey Mouse Adalah Khir Rahman Buat Ramai Tak Percaya!

1 day ago
Tingkap
Media Sosial

“Benda boleh kecoh…”- Suka2 rampas tempat duduk sebelah tingkap dibidas ramai

3 days ago
Lego
Media Sosial

Kereta Myvi versi Lego hangat jadi tumpuan, “Lego lagi mahal dari kereta”

3 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia