Memiliki fizikal yang comel dengan bulu gebu serta personaliti manja pada manusia, kucing adalah salah satu haiwan yang sering kali dipilih untuk dipelihara. Malah kadang-kadang gelagat haiwan ini sering kali membuatkan ramai terhibur.
Bagi sesiapa yang memelihara haiwan ini pastinya faham apa yang dimaksudkan dengan perangai manja dan menghiburkan ini. Malah kucing juga boleh dikatakan antara haiwan yang setia dan menyerikan kehidupan pemiliknya.
Walaubagaimanapun baru-baru ini satu video yang memaparkan seekor kucing terpaku menjadi tanda tanya ramai. Menerusi video pendek yang dikongsikan semula oleh Instagram Era itu, kelihatan kucing itu berhenti dari berjalan dan terpaku di depan pintu pagar sebuah rumah.

Turut kelihatan seorang lelaki cuba menegur kucing itu dan seorang lagi mahu menunggang motosikalnya masuk ke halaman rumah.
Hasrat mereka itu tidak berjaya sehingga ke penghujung rakaman ini. Memang pelik gelagat kucing ini, entah apa yang ia nampak agaknya itu ya. Berikut adalah video yang telah mencuri perhatian ramai itu:
Video gelagat kucing terpaku ini telah meraih lebih 17 ribu likes. Rata-rata warganet yang menonton video ini mula membuat spekulasi sendiri mengenai keadaan sebenar kucing tersebut. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Hahhaha ya Allah perangai dia…”
“Hahhaha lakor siot”
“Dia lagging tu”
Sementara itu, berikut antara artikel menarik lain untuk menghiburkan hari anda:
Tiktok Gadis Bertukar Anime Ini Curi Perhatian Ramai. Lain Macam Kreatif!