Meskipun gandingan mereka dalam drama berjudul Setelah Terlafaznya Akad sebagai pasangan pada tahun lalu namun impaknya sehingga sekarang pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli sentiasa menjadi perhatian peminat.
Biarpun begitu, tidak dinafikan lakonan mereka dalam drama berkenaan sememangnya meninggalkan kesan kepada peminat apatah lagi selain keserasian Uqasha Senrose dan Kamal Adli dalam drama tersebut disukai malah lakonan mereka tak kurang hebatnya sehingga ia menjadi drama trending.
Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini kedua-dua pelakon ini kadangkala dilihat bersama sehingga digosipkan oleh peminat yang sememangnya sangat suka dengan keserasian mereka sehingga mendoakan agar Uqasha dan Kamal berjodoh.
Terbaru pula, perkongsian dua keping foto kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini bersama Kamal Adli ternyata menjadi buah mulut peminat dan pengikut di laman sosial apabila Kamal dilihat memuat naik momen mereka meluangkan masa bersama.
Melalui Instagram miliknya, dia turut menulis kapsyen pendek ‘bowling or dating? Both!!!’ yang meraih pelbagai reaksi warganet melihatnya.
Dalam pada masa yang sama, peminat turut mengharapkan ada berita baik buat mereka tentang kedua-dua selebriti ini yang dilihat sweet bersama.
“Semoga nanti ada good news untuk kami para peminat ni…”
“Dating la… why not”
“Lame tak rasa nasi minyak”
Sementara itu, anda boleh juga ikuti kisah-kisah lain yang menjadi perhatian warganet baru-baru ini:
Nabila ‘prank’ mak, sikap sempoi cuit hati warganet “Kenapa pulak kau tak boleh kahwin Nab!!”
“Mudah betul…”- Zulin Aziz prank, warganet puji Fikry sanggup bagi RM29k!