Ain Edruce nama selebriti yang bukan asing lagi dalam industri hiburan tanah air, memiliki rupa paras namun mempunyai perangai ‘gila-gila’ sekali gus membuatkan warganet seronok mengikuti perkembangannya.
Selebriti ini yang semakin dikenali ramai sejak membintangi drama berjudul, Kekasih Paksa Rela membuatkan peminat turut tidak kering gusi melihat gelagat lucunya meskipun membawa watak yang berbeza dalam drama berkenaan.
Pelakon ini turut popular dalam industri seni sebagai pengacara yang berjaya menarik perhatian warganet dengan bakat serba bolehnya dalam menghiburkan penonton.
Menerusi laman Instagram miliknya, Ain Edruce yang bukan sahaja berkongsikan perkembangan mengenai kerjaya namun dia turut sporting memuat naik video lucu kepada peminat.
Terbaru pula, tidak disangka-sangka gelagatnya ini dalam masa yang sekejap meraih ribuan tontonan yang dilihat sebanyak hampir 200,000 kali.
Ujarnya, dia melihat perkara yang dilakukannya ini viral di aplikasi Tiktok lalu berkongsikan versinya pula bersama seorang lelaki.
“Kite orang tengok benda ni viral kat Tiktok… so ini version kiteorang. (Yang last tu, yang faham je akan faham hahaha).” Katanya sambil gelak besar.
Diruangan komen, pelbagai reaksi lucu warganet dan rakan selebriti yang turut terhibur dengan gelagat sempoi pengacara berkenaan di Instagram.
“Wei! Apahal ni”
“Yang last tu… sakit perut aku gelak hahaha”
“Hahaha sengall la”
Ikuti juga kisah-kisah yang pelbagai dibawah ini:
“Dah besar dah dia, kacak dah… muka dari dulu sampai skrg xberubah pun”
Terlepas sebut nama Hawa di Meletop, ini jawab Zizan tentang ‘kembar’ Neelofa…