Setelah lama berkurung atas perintah kuarantin, ramai rakyat Malaysia yang teruja apabila panggung wayang telah dibuka semula beberapa hari lepas.
Tentunya masyarakat akan mengambil peluang ini untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan dan orang tersayang, walau bagaimanapun waktu yang diperuntukkan untuk orang ramai mengunjungi pawagam adalah terhad, di samping pengunjung perlu mematuhi SOP.
Tambahan pula isu Covid-19 juga masih belum pulih sepenuhnya, jadi waktu operasi pawagam masih dikawal.
Namun terdapat berita baik untuk peminat-peminat filem di luar sana, kerana tidak lama lagi Malaysia bakal mempunyai drive-in cinema kita sendiri setelah sekian lama.
Ini mungkin boleh menjadi jalan penyelesaian bagi mereka yang ragu-ragu untuk menonton wayang beramai-ramai di dalam ruang yang tertutup memandangkan wabak coronavirus yang masih menimbulkan kebimbangan.
Di pawagam pandu masuk, pengunjung boleh mendapatkan privasi dari dalam kenderaan masing-masing.
Dianjurkan oleh TwoSpicy Entertainment Live & MD Events Asia, pembukaan pawagam pandu masuk ini adalah yang pertama sejak tahun 1980.
Jika sebelum ini banyak negara lain yang memilih untuk membuka drive-in cinema berikutan k Covid-19 membuat rakyat tempatan cemburu dan berharap Malaysia juga mempunyai drive-in cinema sendiri, kini permintaan mereka menjadi kenyataan.
drive-in cinema … but i cant drive ◞‿◟ pic.twitter.com/ZT6NqrlAHe
— dira (@diraysmn) July 2, 2020
Ajak date movie dengan driver grab
member belakang kepala kena keluar tingkap la
jual burger stadium function ni
Make sure sebelum pergi basuh dulu cermin
Lepastu myvi turbo parking sebelah kau
Kang tak pasal2 ade yang start hon kereta
Lokasi pawagam dan tarikh acara masih belum diumumkan oleh pihak penganjur, namun bagi yang berminat boleh meninggalkan e-mail di laman web M-Junction untuk menempah tempat parkir.
Ikuti juga kisah-kisah menarik di bawah.
Drive-In Cinema Dibuka Di Dubai, “Malaysia Tak Nak Buat Ke?”
‘Malam Bulan Dipagar Bintang’ Versi Berwarna, Ramai Puji Kecantikan Cik Ros
Produk Kulit, Bilik Pawagam, Dan Senduk Kayu Berkulat Akibat Kuarantin