Pelantun suara bagi lagu Pura-Pura Bujang bernama Baby Shima ini cukup manis tidak jemu mata memandang. Malah Baby Shima juga sering bergandingan dengan beberapa bakat lain sepanjang kariernya seperti Syafiq Farhain, Floor88, Fairuz Misran dan lain-lain lagi.
Baby Shima atau nama penuhnya Nor Ashima Ramli kian dikenali ramai selepas menyertai pertandingan nyanyian D’Academy Indonesia dan Big Stage pada 2018. Anak muda berasal dari Permas Jaya, Johor ini juga turut aktif dalam aplikasi Tiktok dengan menghasilkan pelbagai video menarik buat tatapan peminatnya.
Terbaru satu video yang dikongsikannya menerusi laman tersebut telah membuatkan ramai terhibur. Dalam rakaman itu kelihatan Baby Shima sibuk menari. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah di penghujung video itu tiba-tiba ada kemunculan kucing dengan muka yang serius.
Berikut adalah video yang dimuat naik oleh Baby Shime menerusi akaun Tiktok miliknya:
@babyshimaofficial Tau lah awak tu comel! tak payah lah sibuk kalau ya pun!! korang tengok lah part last tu😅 #staysafe #kupujapuja subscribe youtube:babyshima
Video Baby Shima sibuk merakam dengan kemunculan kucing secara tiba-tiba itu telah meraih lebih 200 ribu likes. Rata-rata pengikutnya di laman itu meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Dia pun nak join jugak jadi backup dancer”
“Comel meow…Nak join juge tu meow nye”
“Hahaha kantoi kucing pun nak Tik tok juga”
Sementara itu, ikuti kisah yang lebih menarik seperti berikut:
Video Abang Mengusik Adik Pakai Seat Belt Dalam Kenderaan Cetus Tawa
Deleted Scene Kesudahan Kisah Nurul Ain Dalam 7 Hari Mencintaiku 2
Ara Johari Cover Aku Bidadari Syurgamu, “Padu Suara Terbaik”