Pelakon dan usahawan bernama Aeril Zafrel ini cukup terkenal dengan video Tiktok yang dihasilkannya. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, Aeril Zafrel juga sering mengisi masa terluang dengan membuat pelbagai video menarik buat hiburan ramai.
Jika kebiasaannya di kaca televisyen dapat dilihat watak lakonan Aeril Zafrel sering sahaja yang serius. Namun di media sosial dapat dilihat Aeril Zafrel ini orangnya boleh tahan ‘gila-gila’ juga. Lihat sahaja video yang dihasilkannya sebelum ini, memang bikin dekah!
Terbaru Aeril Zafrel berkongsikan videonya dengan dua perwatakan berbeza, satu lagak di belakang isteri yang nampaknya agak ganas. Satu lagi wataknya yang nampak manja dan sweet bila bersama isterinya, Wawa Zainal.
Berikut adalah video Aeril Zafrel berlainan watak yang dikongsikannya baru-baru ini:
Perkongsian video Aeril Zafrel berlainan watak menerusi laman Instagram selebriti ini sendiri telah meraih hampir 300 ribu tontonan dan 72 ribu likes sejak sejam yang lalu dimuat naik. Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Aeril Zafrel ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen seperti berikut:
“Camtu lah lelaki…Kat luar macho cam rimau kat rumah manja cam kucing….”
“Hensem terokkk bang”
“Ingatkan Zul Aripin tadi. Macho Aeril ngam ngan Kak Wawa cantik jelita”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain untuk hiburan hari anda yang kami sediakan seperti berikut:
Video Abang Mengusik Adik Pakai Seat Belt Dalam Kenderaan Cetus Tawa
Deleted Scene Kesudahan Kisah Nurul Ain Dalam 7 Hari Mencintaiku 2
Ara Johari Cover Aku Bidadari Syurgamu, “Padu Suara Terbaik”