Pastinya ramai sudah mengenali dengan empat kanak-kanak yang berbakat menghiburkan warganet ini yang sering viral dilaman sosial gara-gara telatah lucu mereka.
Empat kanak-kanak ini yang pada mulanya membuatkan orang ramai terhibur dengan lakonan yang terlalu menghayati watak mencetuskan mereka berempat mempunyai ramai peminat dan semakin dikenali.
Walau bagaimanapun, bukan itu sahaja yang membuatkan nama mereka semakin menjadi perhatian malah pelbagai gelagat lucu juga berjaya menghiburkan warganet apabila mereka ada menyanyikan lagu dengan terlalu menghayati watak dan ada juga mereka melakukan parodi.
Biarpun begitu, kanak-kanak viral ini kelihatannya meminati kumpulan Kpop popular Blackpink apabila ada sahaja gelagat mereka atau miming lagu-lagu terbaharu kumpulan terbabit.
Video ini yang dikongsikan menerusi Instagram Gtlosiar juga mendapat perhatian apabila mereka bersama-sama miming sambil menari lagu Blackpink bersama Selena Gomez berjudul Ice Cream.
Miming lagu Ice Cream daripada Blackpink & Selena Gomez
Tetapi seperti biasa, salah seorang dari mereka iaitu Sakina sering menjadi tumpuan warganet dan ternyata kali ini dia sekali lagi mendapat perhatian apabila kelihatannya dia tersalah giliran.
“Belum giliranmu Sakina…”
Gara-gara hal itu juga, rakaman video mereka membuatkan nama Sakina menjadi sebutan lagi dan dalam pada masa yang sama, video tersebut turut ditonton ribuan kali.
“Sakina adalah leader disini…”
“Sumpah aku fans berat Sakina…”
Dalam pada itu, anda boleh mengikuti juga kisah-kisah menarik yang lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
“Sumpah ngam”- Caprice sahut 4 Dara dengan remix, video bikin netizen ulang2
DSV juga terjebak dengan cabaran 4 Dara, “Salah lirik tapi confidence level…”
Lepas 4 Dara, gaya fake smile ‘Mona’ pula bikin warganet gelak besar