Seperti biasa, Sepahtu Reunion Live antara rancangan lawak yang menghiburkan penonton dengan gelagat-gelagat lucu mereka. Walau bagaimanapun selepas sekian lama tidak bersiaran, malam tadi pula orang ramai dapat menyaksikan episod pertama.
Bersiaran menerusi Astro Warna pada jam 9 malam membuatkan hari peminat Sepahtu tidak kering gusi menonton kisah yang dilakonkan mereka dimana dalam lawak turut diselitkan pengajaran buat semua.
Pada malam tadi pula menyaksikan Jep, Shuib, Rahim dan Illya bersama selebriti jemputan, Isyariana dan Erra Fazira.
Dalam pada itu, turut ada kemunculan Yusry Abdul Halim dalam episod malam tadi. Biarpun begitu, ada netizen yang merasa kurang dengan episod pada kali ini namun ada yang merasakan mungkin kerana sudah lama tidak bersiaran.
Tetapi masih ramai yang tetap terhibur dengan gelagat-gelagat lucu dalam Sepahtu Reunion Live dimana Jep juga antara yang dipuji warganet dengan sikap sempoi pelawak dan penyampai radio itu dalam memainkan watak.
Malah, video pendek yang dikongsikan ini turut menarik perhatian ramai apabila Jep sempat membuat gaya seperti Budak 46 yang kini kian popular.
Menerusi posting, ramai yang meninggalkan reaksi mereka diruangan komen selain rata-rata penonton gelak besar dengan gelagat Jep Sepahtu dalam Sepahtu Reunion Live pada malam tadi.
“I don noww hahaha Jep paling kelaka”
“Hahaha Jep memang pandai ubah situasi…”
“Okay malam ni memang lawak…”
Dalam pada itu, anda boleh mengikuti juga kisah-kisah menarik yang lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
“Sumpah ngam”- Caprice sahut 4 Dara dengan remix, video bikin netizen ulang2
DSV juga terjebak dengan cabaran 4 Dara, “Salah lirik tapi confidence level…”
Lepas 4 Dara, gaya fake smile ‘Mona’ pula bikin warganet gelak besar