Sebut sahaja tentang kucing besar ini, pasti ia membuatkan ramai yang berasa takut kerana harimau menggunakan belangnya untuk menyamar. Untuk pengetahuan ramai, setiap daripada haiwan ini mempunyai belang yang berbeza di antara satu sama lain seperti manusia yang memiliki cap jari yang berbeza. Ketangkasannya dalam berburu juga membuatkan banyak haiwan berasa takut dengan spesis ini.
Tidak terkecuali dengan sebuah video ini yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Instagram iaitu @tiktok.storiess dimana terdapat seekor anjing yang dilihat sedang bersantai di sebuah jalan. Haiwan itu juga sedang memerhatikan keadaan di sekeliling ambil melunjurkan kakinya.
Walau bagaimanapun, lain pula yang berlaku apabila terdapat seorang lelaki yang datang menghampirinya. Lelaki yang memakai baju hitam itu telah bertindak untuk meletakkan sebuah patung harimau secara senyap-senyap di sisi anjing berkenaan. Ekoran daripada itu, ia telah membuatkan anjing tersebut ‘terkejut beruk’ sebaik sahaja memandang di tepinya.
Rata-rata warga netizen berasa terhibur setelah melihat keadaan itu di samping terdapat segelintir warganet yang turut berasa kasihan dengan anjing terbabit. Video itu telah menjadi tumpuan ramai sehingga menerima sebanyak 127 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Instagram berkenaan.
“Selamat anda kena prank…”
“Kesian…”
“Kesian anjing hahaha”
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain ini untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Dua remaja cuba buat Tiktok, tapi pengakhirannya bikin berdekah!
Seorang individu sedang berbasikal, tapi anjing pula sibuk kejar
Kawasan ‘parking’ terlalu sempit, akhirnya wanita ini keluar ikut bonet!