Apabila disebut tentang ibu, pasti ramai yang membayangkan emak masing-masing dimana mereka sering dikaitkan dengan sifat serba boleh. Manakan tidak, boleh dikatakan hampir setiap yang bergelar ibu mempunyai kebolehan dalam menyelesaikan pelbagai perkara termasuklah dalam mencari barang. Memang ajaib betul mak-mak kita ni!
Tidak terkecuali dengan sebuah video ini yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter iaitu @syazanasukirin dimana terdapat seekor ibu kucing yang telah berjaya menyelamatkan anaknya. Menerusi rakaman video itu, anak kucing yang berwarna kelabu itu telah tersepit kepalanya pada penghadang kaca terbabit. “Macam mana boleh tersepit? Nasib baik mak dia pandai”, kata pemilik akaun Twitter.
Macam mana boleh tersepit? Nasib baik mak dia pandai 😭😂 pic.twitter.com/Im8cv1JuOK
— Syazana : Etiqa Takaful (@syazanasukirin) November 8, 2020
Setelah menyedari kejadian itu, ibu kucing berkenaan telah bertindak untuk menyelamatkan anaknya dengan mengeluarkan tangan sambil menarik kepala anak kucing itu ke dalam sangkar seperti yang dirakam menerusi video terbabit. Akhirnya teknik tersebut telah berhasil.
Rata-rata warga netizen berasa terhibur dengan situasi itu di samping terdapat sesetengah daripada warganet yang turut menyatakan bahawa emak-emak sememangnya pandai mengawal keadaan. Video itu telah berjaya meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 146 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.
“Omg pandainya…”
Omg so smart 🥺 https://t.co/Dvzvth1sJE
— 👑 (@SalinahRazali) November 8, 2020
“Kerja yang bagus…”
Good job mama! 😍 https://t.co/gOVZVlStcb
— Farah Nazir (@frhnzr) November 8, 2020
“Benda yang comel saya nampak harini”.
Cutest thing I saw today😂😭❤️ https://t.co/RyKn9VflP5
— BapakBujibu (@Frzrul) November 8, 2020
Moms are the BEST https://t.co/cZa5bTmiQa
— nez (@danisni_) November 8, 2020
Sementara itu, jom layan beberapa kisah lawak yang lain ini untuk hiburan anda. Ini antaranya:
Dua remaja cuba buat Tiktok, tapi pengakhirannya bikin berdekah!
Seorang individu sedang berbasikal, tapi anjing pula sibuk kejar
Kawasan ‘parking’ terlalu sempit, akhirnya wanita ini keluar ikut bonet!