Siapa sahaja yang tidak kenal dengan nama Joe Flizzow, seorang rapper terkenal di Malaysia. Baru-baru ini namanya trending di Twitter gara-gara teaser kolobrasi Joe Flizzow , MK dan Jay Park.
Wow, bukan calang-calang kolobrasi ini! Difahamkan judul lagu kolobrasi ini adalah Ciao. Untuk info, Jay Park adalah penyanyi hip hop Korea Amerika yang cukup terkenal. Malah ada juga peminatnya di Malaysia. Manakala MK tidak perlu diperkenalkan lagi, juga penyanyi hip hop dari kumpulan K-Clique yang juga dikenali ramai di negara kita.
Berita mengenai gabungan tiga penyanyi hip hop terhebat ini dikongsikan menerusi laman Twitter Jparknet seperti berikut:
[TEASER] Joe Flizzow – ‘CIAO’ ft MK and Jay Park #박재범
Releasing January 22nd
👉 https://t.co/IoKJI9dP8v via defjammasia pic.twitter.com/eXhgaObfDv
— JAY PARK NETWORK (@JPARKNET) January 16, 2021
Teaser yang hanya berdurasi 24 saat itu memaparkan bayangan kemunculan Joe Flizzow, MK dan Jay Park. Biarpun hanya teaser pendek namun ia cukup membuatkan peminat mereka ini teruja. Teaser kolobrasi Joe Flizzow, MK dan Jay Park ini telah meraih lebih 88 ribu tontonan dan 1,700 retweets serta 2,800 likes.
Rata-rata warganet teruja dan tidak sabar menantikan hasil lagu gabungan tiga penyanyi hip hop popular ini. Berikut antara reaksi mereka yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Seriouslah collab ngan Jaypark uish ada MK plak tu wowww”
“Wow biar betul?”
“No wayyy!! This is big scale one…”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Telatah Anak Kembar Bila Bapa Tersalah Panggil Nama, “Comelnya!”
Kelakuan Lelaki Di Lampu Isyarat ini Undang Persoalan Netizen