Buat peminat drama Korea pastinya pernah menyaksikan lakonan tiga pelakon dalam drama berjudul True Beauty yang baru sahaja melabuhkan tirai minggu lalu.
Penangan drama terbabit ternyata mengundang peminat di Malaysia juga menyambut baik lakonan tiga pelakon iaitu Moon Ga Young sebagai Ju Gyeong, Cha Eun Woo pula dikenali Lee Su Ho dalam drama terbabit dan Hwang In Yeop membawa watak bernama Han Seo Jun.
Drama ini mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan yang dilakonkan oleh Moon Ga Young dibuli kerana rupa parasnya lalu berpindah sekolah dengan ‘wajah baru’ lalu menemui pelajar lelaki yang mengetahui rahsianya iaitu Cha Eun Woo.
Tetapi nampaknya rakan Su Ho iaitu Han Seo Jun juga tertarik lalu menjaga dengan baik pelajar perempuan tersebut namun pengakhirannya Ju Gyeong bahagia bersama Su Ho.
Walau bagaimanapun, ada juga yang mengharapkan pengakhiran Ju Gyeong bersama Han Seo Jun. Biarpun begitu, nampaknya satu babak yang disunting ini membuatkan warganet terhibur. Lihat saja dibawah, memang kena betul suntingan penguna Tiktok ini.
@affogaato nakla sekali sekala seojun menang kan๐ #truebeauty #hanseojun #hwanginyoup #teamseojun #suho #eunwoo #kdrama #fypmalaysia #fyp
Video yang dikongsikan oleh Affogaato mengundang warganet gelak besar kerana telatah babak-babak dalam drama terbabit yang berhasil disunting dengan sangat baik.
“Wahh True Beauty dah maju”
Comel la weyh… seriouss”
“Omo tak expect video ni blow up…”
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Komen ‘berani’ Hairul Azreen untuk Achey lepas kena mop lantai akhirnya ‘tewas’
Sanggup ke Turki gara2 Kucing, gemuk & sihat bikin warganet juga ‘geram’
Kucing2 berkumpul diibaratkan ‘bermesyuarat’ pintu bikin ramai gelak besar