Kucing merupakan haiwan yang boleh dikatakan cukup setia dengan tuannya dan perkara itu juga terbukti dalam perkongsian seorang pengguna Tiktok ini yang mendapat perhatian umum apabila dia memuat naik satu rakaman video.
Walau bagaimanapun, buat mereka yang membela kucing pasti mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan haiwan terbabit dan dapat dilihat pula seekor kucing setia ini yang sedang tunggu tuan pulang ke rumah.
Menerusi rakaman memaparkan seekor kucing tunggu tuan pulang tetapi dedah individu yang berkongsikan video itu bahawa tuan kucing itu sudah sebulan pindah sekali gus mengundang dirinya juga kesian dengan si comel ini.
“Kesian kucing tunggu tuan dia balik… padahal tuan dia dah sebulan pindah”
Pengguna Tiktok Hazrinyenn ini menunjukkan kucing itu kelihatan seperti sedih menunggu kehadiran tuannya dan melihat wajah si comel ini mencetuskan rata-rata yang melihat juga turut sama sedih mengenang nasib haiwan terbabit.
@hazrinyenn
Bimbang akan nasib kucing berkenaan lalu warganet membanjiri ruangan komen individu yang berkongsikan hal itu untuk menjaganya.
“Jaga dia please”
“Boleh jagakan dia tak…”
“Please jaga dia…”
Penguna Tiktok terbabit bagaimanapun berkongsikan rakaman video bahawa kucing itu kini berada dirumahnya dan memberikan makanan.
@hazrinyenn Reply to @echaaisyh
Ternyata tindakan individu itu membuatkan warganet syukur dan berterima kasih disamping mendoakan agar yang menjaga kucing terbabit dimurahkan rezeki.
“Terima kasih…”
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
“Macam nampak…”- Gara2 foto Mira Filzah disoal dah ada ‘isi’, ini reaksi tuan badan
Komen ‘berani’ Hairul Azreen untuk Achey lepas kena mop lantai akhirnya ‘tewas’
Kucing2 selamba ambil ikan, sikap ‘sporting’ peniaga dipuji warganet