Berhadapan dengan pandemik Covid-19 kini, kebanyakan syarikat dan juga sesi persekolahan dilakukan menerusi dalam talian. Kerja-kerja yang boleh dibuat dalam talian digalakkan untuk pekerja melakukannya dari rumah. Biarpun ini menjadi kebiasaan baharu buat orang ramai, namun mempelajari untuk melakukannya bukanlah satu perkara sukar.
Apa-apa pun dengan adanya teknologi hari ini, kerja-kerja jadi lebih mudah dan serba sedikit banyak membantu proses menyelesaikan tugasan. Biar pun begitu, baru-baru ini tular di sosial media dengan satu rakaman yang memaparkan seorang wanita yang cuba buat rakaman tugasan.
Dalam rakaman itu pada awalnya wanita tersebut bercakap seperti biasa sebelum tiba-tiba suaminya pulang ke rumah. Video yang dirakamkan oleh anaknya itu menjadi riuh apabila bapa mula bertindak mengusik si ibunya yang sedang bercakap itu. Berikut adalah video bapa mengusik si ibu buat rakaman yang telah dikongsikan semula oleh Sinar_my:
Alahai comel je pasangan ini! Apa-apa pun perkongsian bapa mengusik si ibu tersebut telah meraih perhatian ramai dengan lebih 60 ribu tontonan dan 5 ribu likes. Perkongsian tersebut telah membuatkan ramai terhibur. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman tersebut di ruangan komen seperti berikut:
“Hahaha..Comel je…”Padan nampak cun je bini aku tadi” …Ayah..Ayah”
“Comellah kalau orang tua sweet2”
“Hahahaha..Ayah dia punn sama naikk”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Harimau Bintang ‘Layan’ Bila Digaru Dan Dibelai, Nampak Macam Kucing!
Sekumpulan Lelaki Hasilkan Parodi Drama Korea, “Part Aumm Tu Rasa Nak Pukul Je”
Biodata Iman Suhana, Pelakon Watak Ruzita Dalam Takdir Yang Tertulis