Setiap orang pastinya pernah melalui peperiksaan. Setelah bertungkus lumus belajar di sekolah mahupun institut pengajian tinggi, akan ada peperiksaan atau ujian untuk mengukur tahap kefahaman pelajar. Ketika di bangku sekolah, bila tibanya hari peperiksaan memang akan buat rasa gemuruh semacam.
Lebih-lebih lagi jika peperiksaan besar atau penting seperti SPM dan lain-lain. Dari keputusan peperiksaan sebegini yang akan menentukan permulaan perjalanan kehidupan nanti.
Walaubagaimanapun, baru-baru ini perkongsian koleksi jawapan pelik dari pelajar yang menjawab soalan peperiksaan ini telah mencuri perhatian ramai. Video pendek yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok tersebut memaparkan beberapa kertas peperiksaan dengan jawapan yang pelbagai telah cetus tawa penonton.
Berikut adalah perkongsian rakaman koleksi jawapan pelik dari pelajar ini:
@ltrac Sabar cikgu2.. budak sekolah lama xmasuk kelas. 😅😅😅#happytiktok #CapCut #justlaugh
Macam-macam karenah ya anak-anak sekarang! Paling berdekah dengan jawapan dialog, ‘Cikgu Melati jom kita kahwin?’. Sampai gurunya tulis ‘Apa masalah awak ni?’. Berani betul anak-anak ini tulis jawapan sebegini.
Apa-apa pun perkongsian ini hanya untuk hiburan semata-mata. Rata-rata warganet terhibur dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:
“Sinar paling berbahaya sinar matamu..Hahaha”
“Teringat jawapan kawan aku. Soalan nya..apakah peranan seorang ibu..jawapan dia mengandungkan aku”
“…Sampai saya pun tergelak, sakit perut ni hahaha”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Dua Budak Jaga Adik Kecil Sambil Bermain Gitar, “Lain Macam Hiburan Dibagi”
Wanita ‘Jatuh Cinta’ Dengan Rollercoaster, Bina Replika Ubati Rindu