Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
tong gas

Kawan Gigih Angkut Tong Gas Jadi Hadiah Kahwin, Ramai Pula Yang Puji!

Jannah by Jannah
1 year ago
in Lawak
Reading Time: 2 mins read

Lazimnya, apabila menghadiri majlis perkahwinan pasti ramai yang akan membawa hadiah untuk diberikan pada pasangan pengantin. Hadiah yang diberikan itu juga sedikit sebanyak dapat meringankan beban pengantin dalam memulakan fasa baru dalam hidup mereka.

Dengan niat mahu membantu rakan mereka, sekumpulan lelaki ini nekad memberikan tong gas sebagai hadiah perkahwinan untuk kawan mereka. Apa yang mencuit hati, tong gas itu siap dibungkus rapi di dalam sebuah kotak dan dibawa ke majlis perkahwinan.

@amirulyaacob_

Fyp gak ni? Kita laki maaa kita beli beras!😂🤣 #wedding #paket #ashiap #fypシ #fypgakni

♬ original sound – Masbro! – Masbro!

Macam yang dapat disaksikan di dalam video ini, mereka telah meletakkan satu tong gas berwarna kuning di dalam kotak. Untuk makluman, ini adalah tong gas kosong jadi ianya tidak membahayakan sesiapa. Kotak itu juga siap dibalut dengan pembalut hadiah beserta kad ucapan dari mereka. Mereka kemudiannya membawa hadiah itu ke majlis dan memerlukan dua orang untuk mengangkatnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian pada sekumpulan lelaki ini. Walaupun hadiah ini unik dan tidak selalu diberikan, ternyata ianya sangat membantu pasangan pengantin. Bukan saja harganya yang mahal tapi tong gas juga adalah benda wajib untuk setiap pasangan yang mahu berpindah ke rumah yang baru.

“Weh bagus gila hadiah dia. Boleh guna kot, kelengkapan asas dapur.”

tong gas

“Bagus jugak tu. Gas mahal nak beli, orang baru kahwin memang perlu benda-benda macam ni.”

hadiah

“Hadiah ni best. Orang baru kahwin memang perlu keperluan-keperluan asas ni.”

tik tok

“Mesti pengantin tu fikir peti ais.”

komen

Ada juga netizen yang berterima kasih dengan perkongsian idea baru ini yang tentunya membantu yang lain dalam memilih hadiah perkahwinan yang sesuai untuk diberikan.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Pemuda tunjuk tutorial tukar gas, “Abg ni cm x ikhlas je tunjuk tutorial…”

Budak diberikan motorsikal mainan, tapi reaksinya buat warganet terharu!

Wanita terharu diberi kucing sebagai hadiah, “Dari dulu ibu nak kucing…”

Sumbertik tok

Trending

Ex
Media Sosial

“Lawan bang hahaha”- Ex-girlfriend mula ungkit pemberian lepas, sekali lelaki ini balas ‘hiburkan’ ramai

1 day ago
Mamat (4)
Umum

Video dengan Nadia Brian tular lagi, sekalinya Mamat tinggal komen- “Mulalah aku rasa…”

1 day ago
elly mazlein
Hiburan

Hormat Kehadiran Ustaz Kazim, Netizen Puji Tindakan Kak Lina Ubah ‘Style’ Baju

1 day ago
Sherry (4)
Umum

“Hampir tak cam”- Video Sherry Alhadad ‘kejutkan’ peminat, disangka Janna Nick

2 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia