Sebut sahaja adik beradik selebriti, pastinya peminat drama tempatan pernah melihat Nelydia Senrose dan kakaknya, Uqasha Senrose dimana kedua-dua selebriti tersebut sudah berjaya menempa nama sebagai pelakon.
Malah lihat sahaja di kaca televisyen, bukan calang-calang bakat yang ditunjukkan mereka kepada peminat namun pastinya ada antara peminat yang ingin menyaksikan mereka digandingkan bersama dalam satu cerita.
Namun begitu nampaknya ia bakal tercapai apabila difahamkan Uqasha Senrose dan Nelydia bakal muncul bersama dalam kisah Kampung Kolestrol.
Perkongsian diruangan Instagram atas nama Kamal_Uqasha itu juga membuatkan peminat teruja menyaksikan adik beradik selebriti jelita itu yang difahamkan menjadi kembar dalam kisah tersebut.
Melalui beberapa perkongsian pula dapat disaksikan momen mereka shooting bersama dan nampaknya kedua-dua selebriti tersebut bakal bergandingan bersama dengan penyanyi, Sufian Suhaimi dan Aiman Tino.
Sementara itu diruangan komen pula, kecantikan adik beradik pelakon popular itu turut menerima pujian peminat diruangan komen.
Dalam pada masa yang sama, akui netizen bahawa sudah lama ingin menyaksikan gandingan mereka yang pastinya hasil tersebut best.
“Lawa oi dorang ni”
“Dah lama nak tengok dia orang sibling ni berlakon sama. Mesti best”
“Comelnyaaa”
Dalam pada masa yang sama, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Syok menari dengan Hayla lagi, Wawa Zainal ‘terpeleot’ curi tumpuan ramai