Sebut sahaja tentang kucing ini, ramai sudah lali dengan gelagatnya yang kadang kala menghiburkan dan ada- ada sahaja telatah pelik dikongsikan pemilik haiwan kesayangan ramai ini yang membuatkan wargamaya tercuit hati.
Seperti mana juga dikongsikan oleh pengguna aplikasi TikTok ini dengan meraih lebih 100,000 tanda suka apabila seekor kucing berwarna coklat miliknya membuatkan orang ramai tertarik.
@pearlll29 Andai aja dia bisa bantu nyapu, cuci piring, cuci baju🙂 #fyp #bucing #fypシ #cat #kucing
Melalui rakaman juga, satu persatu telatah comel kucing ini menarik perhatian wargamaya dengan dikatakan seekor haiwan yang unik.
Bukan sahaja manja, bahkan turut dikongsikan kenakalannya yang sempat menarik bekas makanan daripada seekor kucing putih pula dan di akhir video dapat disaksikan gelagat unik kucing ini yang termenung di atas pagar rumahnya.
Video terbabit ternyata menarik perhatian ramai dengan mengumpul jumlah tontonan luar biasa di TikTok iaitu lebih 700,000 ditonton bersama dengan ribuan komen juga ditinggalkan wargamaya.
Manakan tidak, kucing ini boleh menghiburkan pemiliknya yang bukan sahaja memiliki sifat manja, nakal bahkan unik seolah-olah macam manusia.
“Sangat lucu muka kucingnya unik”
“Sebenarnya dialah majikannya hahaha”
Sementara itu, kecomelan warna kucing tersebut turut menarik perhatian wargamaya untuk meninggalkan reaksi mereka kepada pemilik haiwan terbabit.
“Comel nya, cokolat”
Dalam pada masa yang sama, anda boleh baca juga antara kisah-kisah yang menarik dan menghiburkan ini dibawah seperti berikut:
“Respect…”- Persiapan raya, Anzalna Nasir beli karpet ‘online’ dipuji wargamaya
Si kecik terlelap masa bergambar, gelagat senyum cuit hati wargamaya
Suami tak suka kucing berakhir jadi ‘GF’, gelagat makan kongsi cuit hati wanita2