Rancangan muzik misteri, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) nampaknya sudah pun memulakan musim baharu. Episod 1 musim terbaru ICSYVM ini memaparkan tetamu jemputan, Hafiz Suip yang perlu mencari siapakah penyanyi sebenar untuk berduet dengannya.
Dalam musim terbaharu ini, kelihatan barisan penyiasat tetap telah pun bertukar kecuali Jihan Muse. Digantikan dengan Fad Bocey dan Alif Satar, rancangan ini tetap meriah dengan telatah masing-masing. Namun sedikit bosan bila ketiadaan Mark Adam yang sebelum ini sering buat penonton tak kering gusi dengan gelagatnya.
Malah minggu ini juga, nampaknya Loca B dan Haziq sebagai penyiasat jemputan. Bagaimanapun, di awal tekaan Hafiz sudah pun menyingkirkan penyanyi sebenar selepas tersalah membuat pilihan.
Namun begitu, langkah seterusnya Hafiz berjaya menyingkirkan penyamar. Berikut antara persembahan penyamar dalam rancangan ini:
Ini pula antara peserta yang merupakan penyanyi sebenar:
Apa-apa pun di penghujungnya Hafiz Suip berjaya berduet dengan penyanyi sebenar!
Pergh suara dia! Sedap dan menusuk kalbu. Memang padu habis! Berikut antara reaksi penonton selepas menyaksikan Hafiz Suip berjaya berduet dengan penyanyi sebenar yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Yang ni baru penyanyi sebenar!”
“Memang menusuk kalbu suara dia”
“Ini barulah penyanyi sebenar. Betul sedap menusuk kalbu”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Dua Pemuda Sakan Menari Dalam Kereta, “Tu Orang Tua2 Cakap Jangan Seronok Sangat”
Foto Suntingan Pelakon Lelaki Malaysia, “Kena Sengat Tebuan Ke Semalam Ni”