Sebut sahaja tentang majlis pendedahan jantina, semua orang sudah boleh mengagak bahawa akan ada benda buruk yang bakal berlaku.
Ramai ibu bapa ingin menghasilkan gimik yang paling menghiburkan di majlis pendedahan jantina anak di dalam kandungan dengan pelbagai idea-idea mengarut. Kerap kali idea-idea tersebut berakhir dengan buruk mahupun tragedi.
Begitu juga buat sebuah pasangan ini apabila mereka mengharapkan anak kecil mereka untuk melakukan pendedahan bayi mereka.
Dalam video yang tular di Twitter, seorang wanita yang dilihat sedang memegang belon besar bersama suaminya cuba memujuk anak perempuan mereka untuk memecahkan belon tersebut agar jantina bayi mereka dapat didedahkan.
My new favorite gender reveal… pic.twitter.com/XnjJStIl7u
— Travis Akers (@travisakers) May 24, 2021
Namun setelah didesak oleh kedua ibu bapanya, kanak-kanak itu menjadi bengang dan mencampakkan pencucuk ke atas tanah dan menjerit.
Tindakan budak perempuan itu membuatkan wanita berkenaan memarahi anaknya dan pada ketika itulah dia tidak sengaja melepaskan belon yang dipegangnya.
Akibatnya semua orang panik dan kecoh untuk cuba menangkap belon tersebut. Keadaan akhirnya menjadi huru hara membuktikan bahawa majlis pendedahan jantina tidak membawa apa-apa faedah.
“Budak tu adalah satu-satunya orang yang bijak…”
The kid is the only smart person in this whole video 😂 https://t.co/CvZXiJVNgn
— J E N N I F E R (@ay_yo_jenn) May 24, 2021
“Rasanya pasangan ni belum bersedia untuk mempunyai seorang lagi anak…”
Not sure this couple is ready to have another child. https://t.co/0iFSCV4Tun
— Morning Answer (@MorningAnswer) May 24, 2021
“Padan muka dorang…”
Ha! Serve them right trying to steal lil girl’s innocence https://t.co/COYbEu1glS
— iRiE ViBES 🇯🇲🇻🇪 (@BredfruitBredda) May 24, 2021
Sementara itu anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah ini.
Sesi dedah jantina buat bapa mengerang kesakitan, anak pula menangis
Netizen Sokong Majlis Pendedahan Jantina Diharamkan Selepas Insiden Kebakaran Hutan
TokTi dedah bakal baby boy sebenarnya kembar Aafiyah, “Amazing tech…”