Percaya atau pun tidak, kehidupan makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sememangnya wujud. Hanya orang tertentu sahaja yang yang dapat melihatnya. Sudah pasti buat yang lemah semangat, pasti akan rasa seram sejuk jika terserempak dengan makhluk ini.
Dalam rakaman yang dikongsikan oleh seorang instafamous, Azfarheri baru-baru ini boleh tahan seram juga. Menerusi Instagram pemuda ini, dia berkongsikan pada waktu itu sedang merakamkan video untuk content Youtube. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila tiba-tiba bunyi mengilai yang cukup kuat.

Namun seperti biasa Azfarheri tak pernah mengecewakan. Bila mendengar bunyi mengilai masa rakam video tersebut, reaksi pemuda ini buat ramai terhibur pula. Azfarheri sendiri terkejut dan hairan dari mana pula bunyi itu. Ini kerana ia berpanjangan.
Berikut adalah rakaman bunyi mengilai masa rakam video yang dimuat naik di Instagram Azfarheri ini:
Bahagian akhir sekali tu! Ingatkan nak azan ke apa. Rupanya dia pun nak mengilai! Perkongsian ini telah meraih hampir setengah juta tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Awak duduk sebelah rumah conjuring ke”
“Astaga dia boleh balas pulek”
“Hahahaha dia join sekali”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Dua Kanak-Kanak Mengintai Masa Rakam Assignment, “Comel Je Budak Belakang”