Jarang sekali dapat kita lihat orang yang sudah berusia 90 tahun tapi masih cergas melakukan aktiviti harian. Kebanyakan darinya sudah tidak mampu untuk bersenam apatah lagi berjalan.
Namun bagi wanita dari Jepun berusia 90 tahun pada 15 Januari lalu ini masih mampu mengendalikan rutin senamannya setiap hari. Bukan itu sahaja, Takishima Mika atau lebih mesra dengan panggilan Takimika ini turut mampu bekerja sebagai jurulatih kecergasan di sebuah gimnasium.
Wow, memang hebat dan bukan calang-calang ya kebolehan wanita berusia sebegini! Boleh dikatakan juga kecergasan yang ada pada Takimika ini lebih aktif berbanding wanita berusia 20-an. Menerusi sebuah laporan, Takimika cukup popular di negara-negara Asia kerana kecergasan, bentuk tubuh dan sikap positif yang dimilikinya.
Bagaimanapun, Takimika memulakan perubahan pada dirinya ini agak lewat iaitu ketika umurnya sudah pun mencecah 60 tahun. Sebelum itu, dia tidak pernah terlintas di fikiran untuk pergi ke gimnasium. Namun hasil komen suaminya mengenai berat badan Takimika, dia mula mahu menurunkan berat badannya.
Lebih mengagumkan bila dia tidak sangka akan terus menjadi jurulatih kecergasan pada usianya 90 tahun kini. Tambahnya lagi bermula dengan hanya mahu turunkan berat badan, kini Takimika sentiasa menambah ‘goal’ untuk tampil lebih menarik.
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Lelaki Bebel Pam Air Asyik Rosak, Rupa-Rupanya Angkara Buaya!
Pasangan Ini Cuba Tiru Babak Sweet Drama RASN, “Semput Separuh Nyawa”