Mempunyai hobi adalah penting untuk kita memastikan masa terluang kita diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Setiap orang mempunyai hobi tersendiri, namun sesetengah hobi itu adalah lebih melecehkan dari aktiviti-aktiviti lain.
Apabila menaiki kenderaan awam contohnya, kita mempunyai banyak masa terluang di dalam bas atau kereta api sebelum sampai ke destinasi.
Inilah waktu yang baik untuk mengisi masa kita dengan aktiviti-aktiviti ringan seperti membaca buku, mendengar podcast atau menonton dokumentari.
Namun sesetengah mungkin tidak berminat dengan aktiviti yang melibatkan tumpuan, dan lebih gemarkan aktiviti yang merangsang fikiran dan kemahiran seperti bermain sudoku, membuat teka teki, atau menjahit.
You can bring your emotional support sewing machine on planes now….or sew it seams 😏😂 pic.twitter.com/QdIwiSzlhZ
— 🐮 Holy Cow! 🐮 (@HolyCow_Inc) June 16, 2021
Sementara mengait adalah satu aktiviti yang tidak pelik untuk dilakukan di tempat awam, menjahit menggunakan mesin jahit walau bagaimanapun adalah satu aktiviti yang tentunya dapat mengganggu ketenteraman orang lain.
Tetapi itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki ini yang membawa mesin jahit ke dalam kapal terbang di mana dia dilihat selemba melakukan aktiviti itu di tempat duduknya sementara penumpang lain ada yang sedang tidur dan ada yang memerhatikannya.
Adegan luar biasa itu membuat ramai terhibur dan tertanya-tanya bagaimana dia boleh dibenarkan untuk membawa naik mesin jahit ke dalam pesawat.
“Perempuan baju biru tu mesti menyesal tak bawak dia punya…”
I know that lady in blue wishes she brought hers too https://t.co/7AOZn2oufr
— karolime_ (@karolime__) June 16, 2021
“Macam mana dia melepasi pintu kecemasan…”
How’d she pass the security gate? Ain’t needles sharp* objects? https://t.co/kgPlz3hA3q
— Erin (@ejaguargirl314) June 16, 2021
“Aku dah tengok banyak benda sepanjang 4 tahun bekerja…”
I’ve seen a lot of things from my 4 years of working for an airline…. But I’ve never see this. 🤣🤣🤣🤣 https://t.co/LzQmuD8OA3
— TheVanguard (@TheVanguard3988) June 16, 2021
Ikuti kisah-kisah berkaitan di bawah.
Kanak-kanak menjerit sepanjang 8 jam penerbangan, penumpang sampai tutup telinga
Tertinggal dalam pesawat, ‘Buzz Lightyear’ kembali kepada pemiliknya selepas mengembara
Wanita Selamba Berjalan Ke Atas Sayap Pesawat Selepas Mengadu Panas