Selain daripada katak dan lipas, tikus juga antara haiwan yang sangat ditakuti sekiranya anda terlihatnya di dalam rumah. Macam yang dikongsikan lelaki ini tentang gelagat mereka yang cuba menghalau tikus keluar dari rumah mereka baru-baru ini.
Video kejadian tersebut turut menghiburkan netizen sehinggakan ianya meraih hampir dua juta tontonan setakat ini. Gelagat mereka ini juga turut membuatkan netizen berdekah apabila masing-masing cuba menghalau tikus dengan cara tersendiri.
@ajadshidee kitorang minta maaf. Tak semua makhluk kita kena simpan.#fypシ #covid19 #funnyvideos
Di dalam video yang dikongsikan ini, sekumpulan lelaki itu dilihat cuba menghalau tikus yang berada di dalam rumah mereka. Apa yang menarik perhatian ialah gelagat seorang rakan mereka yang siap menggunakan penyapu lidi.
Lebih mencuit hati, lelaki itu dilihat bersungguh-sungguh menghalau tikus itu dengan penyapu yang digunakan. Malah ada yang berseloroh gayanya itu seakan-akan ingin menghalau benda lain dan bukannya tikus yang kecil itu.
Bukan itu saja, mereka juga kelihatan gelabah dan kelam kabut ketika menjalankan operasi menghalau tikus itu. Namun pada akhirnya, tikus itu kemudian mati selepas cubaannya untuk melarikan diri tidak berjaya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat mereka ini. Ada juga yang terhibur dengan lelaki itu yang dilihat lebih bersungguh-sungguh dari yang lain.
“Lain macam dia sebat.”
“Haha macam serang Israel…”
“Tak sempat nak mengucap member. Sakit perut dok gelak…”
“Tikus kena rukyah.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Kucing Malukan Tuan, Pergi Rumah Jiran Siap Curi Ikan Bawa Lari
Tikus cuba bawa tin minuman, tapi lain pula cara dia berjalan!
Orang ramai kongsi kisah tragedi tikus belanda masing-masing, “I dah penat bela…”