Jika anda pengguna tegar Tik Tok, mestinya cukup tahu dengan pelbagai tutorial menarik yang dikongsikan di platform itu. Macam yang dikongsikan lelaki ini tentang satu tutorial membuat bunyi hon menggunakan hidung baru-baru ini.
Walaupun ianya kelihatan pelik tapi ramai yang tertarik untuk tahu bagaimana mahu melakukan bunyi tersebut dengan hanya menggunakan hidung. Namun siapa sangka, lain pula yang berlaku pada penghujung video sehingga rata-rata netizen turut berdekah melihatnya.
@amirpls meh sini aku ajar macam mana nak buat benda ni #fyp #fypdong #fypgakni #tiktokmalaysia #fypmalaysia #silat
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki ini memberitahu dia akan berkongsikan cara untuk melakukan bunyi tersebut. Malah dia sempat berseloroh ianya sangat mudah dan boleh diikuti oleh orang ramai.
Dia kemudiannya memberitahu caranya hanya dengan mengepitkan hidung dan melepaskannya dengan laju. Namun rupanya ada plot twist lain yang berlaku kerana dia kemudian memasukkan intro lagu lain pula di penghujungnya.
Malah lelaki itu siap bersilat mengikut alunan lagu itu sekaligus membuatkan ramai berdekah melihatnya. Ada juga yang turut berasa ‘geram’ kerana telah tertipu dengan tutorial yang ditunjukkan lelaki itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat plot twist di hujung video. Ada juga yang berseloroh sudah siap memegang hidung untuk melakukan tutorial itu.
“Tiber keluar semerah padi…”
“Bang tergelak saya.”
“Berkobar siap baju melayu eh.”
“Bang jangan bagi fake hope, tangan dah dekat hidung dah ni.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Gadis Teruja Bawa Minuman Tapi Akhirnya Tumpah, “Kesian Member…”
Ingatkan Tengah Main, Rupanya Kucing Makan Plastik Bikin Panik