Mungkin anda sudah biasa mendengar bunyi kucing bergaduh lagi-lagi pada waktu tengah malam. Tetapi pernah tak anda membayangkan jika manusia pula yang meniru gaya kucing bergaduh? Mestinya sukar untuk dibayangkan.
Namun gelagat dua lelaki yang cuba melakonkan gaya kucing bergaduh itu menarik perhatian ramai baru-baru ini. Untuk makluman anda, video itu kini meraih lebih 46 juta tontonan setakat ini di mana rata-ratanya turut terhibur melihatnya.
@martyandmichael If humans acted like cats #MartyandMichael #ifhumansactedlikecats #cats #catfight
Di dalam video yang dikongsikan ini, kedua-dua lelaki itu melakonkan gaya kucing yang sedang bergaduh di luar rumah. Biasanya apabila kucing bergaduh, mereka akan membuat bunyi bising dengan gerak badan yang tertentu.
Apa yang menarik perhatian ialah kedua-dua lelaki ini berjaya menirunya dengan begitu baik sekali. Bukan saja dari segi bunyi malah gerak badan mereka juga turut sama seperti kucing yang sedang bergaduh.
Lebih melucukan, lelaki itu siap meniru gerakan kucing yang akan membongkokkan badannya ketika marah. Pada penghujung video, kedua-dua mereka kemudiannya berlari ke tempat lain sama seperti yang selalu dilakukan oleh kucing.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat kedua-dua lelaki ini. Ramai yang turut memuji persamaan yang dilakukan mereka ini dalam meniru aksi kucing yang sedang bergaduh.
“Ingatkan tahun 2020 dapat tengok kereta terbang tapi ni yang kita dapat…”
“Pagi-pagi aku dah gelak macam hantu…”
“Ada jugak eh rupa macam ni perangai.”
“Tak rilek hahaha…”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Wanita Kongsi Gambar Bersama Kucing Setiap Hari Selama Setahun
Budak Kecil Buat Muka ‘Gangster’ Bila Bergambar Dengan Nurse
Lelaki Berlakon Bila Mak Cari Telefon Dalam Beg, “Poket Doraemon…”