Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
buaya

Lebih 14 Juta Tontonan, Lelaki Selamba Menari Tik Tok Dengan Buaya

Jannah by Jannah
10 months ago
in WTF
Reading Time: 2 mins read

Buaya antara haiwan yang selalu ditakuti ramai gara-gara ketangkasan mereka menangkap dan mengejar mangsa yang diburu. Namun lain pula yang dikongsikan lelaki ini apabila dia dengan selambanya menari bersama-sama seekor buaya baru-baru ini.

Gelagat lelaki dan buaya itu turut tular apabila ia meraih lebih 14 juta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut sama kagum melihat keberanian lelaki ini yang menari bersama buaya yang merupakan haiwan peliharaannya itu.

@dapinhensi

buaya nakal

♬ NYENDERxParjamban – Ikmaldeff

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat cuba melakukan tarian Tik Tok yang popular dikongsikan di platform tersebut. Namun tiba-tiba, muncul seekor buaya yang berjalan di sebelahnya dan berhenti di hadapan kamera.

Lebih mengejutkan, lelaki itu langsung tidak menghiraukannya dan sambung menari tariannya. Dalam masa yang sama, buaya itu hanya duduk di situ dan langsung tidak bergerak dari tempatnya.

menari

Lelaki itu kemudian akhirnya berhenti menari dan berjalan di belakang buaya itu untuk mengambil telefonnya semula. Rupa-rupanya, buaya itu adalah haiwan peliharaan milik lelaki itu yang telah dijaganya sejak kecil. Malah dia pernah berkongsikan videonya berjalan-jalan bersama buaya itu sebelum ini.

Di ruangan komen, netizen turut sama tergamam melihat kemunculan buaya yang tidak disangka-sangka itu. Ada juga yang terhibur melihat lelaki itu menggelarkan buaya itu sebagai kucingnya yang sengaja melintasi kawasan itu.

“Buaya darat melihara buaya air.”

lebih 14 juta

“Cuba perhatikan ada tiga ekor buaya saling memandang satu sama lain.”

buaya

“Aduh bang itu bukan kucing, tu gajah.”

komen

“Janganlah sampai rakam-rakam, kata buaya.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Gelagat Lelaki Takut Nak Divaksin Raih Perhatian, “Macam Isteri Bersalin…”

Lembu Melompat Dalam Air Siap Back Flip Lagi, “Nak Masuk Olimpik…”

Gaya Kucing Peluk Bantal Ikan Raih Perhatian, “Flip Bantal Gitu…”

Sumbertik tok

Trending

Ex
Media Sosial

“Lawan bang hahaha”- Ex-girlfriend mula ungkit pemberian lepas, sekali lelaki ini balas ‘hiburkan’ ramai

1 day ago
Mamat (4)
Umum

Video dengan Nadia Brian tular lagi, sekalinya Mamat tinggal komen- “Mulalah aku rasa…”

1 day ago
elly mazlein
Hiburan

Hormat Kehadiran Ustaz Kazim, Netizen Puji Tindakan Kak Lina Ubah ‘Style’ Baju

1 day ago
Sherry (4)
Umum

“Hampir tak cam”- Video Sherry Alhadad ‘kejutkan’ peminat, disangka Janna Nick

2 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia