Bagi mereka yang pernah berkunjung ke zoo atau kolam ikan, tentunya pernah melalui pengalaman memberi makanan kepada haiwan. Macam situasi yang dikongsikan wanita ini apabila dia mencuba memberi makanan di kolam ikan yang dilawatinya ini.
Namun berlaku sesuatu yang di luar jangkaan apabila ikan pari yang muncul itu mempunyai saiz yang luar biasa besarnya. Bukan itu sahaja, wanita itu juga mula cuak apabila melihat tangannya yang seakan-akan ‘hilang’ ketika memberinya makanan.
@minwawa01 Jangan muncul macam tu, terkejut nyah 😅 #fypシ
Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu berkongsikan pengalamannya memberi makanan di kolam ikan itu. Aktivitinya itu turut ditemani oleh seorang pekerja di kolam ikan itu sebagai langkah berjaga-jaga dan untuk membimbingnya.
Semasa dia menyuakan tangan di dalam kolam ikan itu, muncul seekor ikan pari dalam saiz yang agak besar di permukaan air. Ikan pari itu kemudian menyambut makanan yang diberikan oleh wanita itu untuk memakannya.
Memandangkan saiz ikan pari itu yang agak besar, tangan wanita itu juga kelihatan seperti ‘hilang’ ketika ikan itu mengambil makanan yang dihulurnya. Lebih mencuit hati, wanita itu kemudian menjerit gara-gara cuak melihat apa yang berlaku.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat reaksi cuak dari wanita itu. Malah ada yang berseloroh mereka juga turut sama terkejut apabila mendengar jeritan dari wanita itu yang takut melihat tangannya seolah-olah hilang.
“Kalau aku terkejut macam tu auto masuk dalam air.”
“Saya pernah kat Langkawi pegang umpan nak ikan makan sekali naik ikan 100kg gila besar..”
“Keluar suara jantan lah.”
“Nasib tak melompat masuk kolam.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Anak Letak Patung Dinosaur Dalam Peti Sejuk, “Dinosaur Panas…”
Lelaki Usik Kanak-Kanak Tepi Jalan, Reaksi Cuaknya Raih Perhatian
Geng Anjing Sibuk Tengok Jiran Sebelah Bergaduh, “Mak Cik Bawang…”