Sebut sahaja nama Hafiz Suip, dia yang banyak memenangi anugerah besar sebagai seorang penyanyi membuatkan apa sahaja lagu yang dinyanyikan cukup disukai ramai.
Apatah lagi, suaranya itu yang mempunyai kelainan dengan penyanyi lain. Walau bagaimanapun, satu rakaman video terbaru Khai Bahar membuatkan cover salah satu lagu popular Hafiz Suip berjudul Ku Akui mengundang dia menjadi bualan peminat.
Menerusi ruangan Instagram, Khai Bahar yang sejak akhir-akhir ini menjadikan platform tersebut untuk menghiburkan peminat membuatkan rata-ratanya tidak kecewa.
Ini kerana, lagu yang di cover juga berhasil menghiburkan netizen dengan kepelbagaian genre lagu dan kali ini lagu Hafiz Suip berjudul Ku Akui menjadi pilihan Khai Bahar untuk video cover seterusnya.
Lalu menjenguk ke ruangan komen pula, video yang dimuat naik itu telah mendapat bermacam-macam respon positif ramai yang bukan sahaja menonton berulang kali persembahannya.
Malah dalam pada masa yang sama, rakaman video yang dikongsikan itu mendapat ribuan tanda suka di posting.
“Uwooo feel tu lain macam ek”
Netizen bagaimanapun turut berterima kasih kepada penyanyi ini yang membuat cover lagu kegemaran ramai itu.
“Wah idola nyanyi lagu idola”
“Love nya lagu ni. Thank you Khai…”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Riena Diana nyanyi sampai AG terkejut buat netizen gelak besar, “Riena perangai…”
AC Mizal cover lagu Fiona, ‘lejen’ diminta pula nyanyi lagu Gerak Khas- “Payung abis”
Terlalu ‘sedap’ Usop nyanyi Mekar di Jiwa, “Kenapa suara sedap sangat ha”