Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
eskalator

Lelaki Terpegun Lihat Eskalator Bikin Berdekah, “First Time Tengok…”

Jannah by Jannah
10 months ago
in Lawak
Reading Time: 2 mins read

Pastinya ramai yang cukup rindu mahu keluar berjalan-jalan di luar selepas sekian lama berkurung di rumah. Baru-baru ini pula, gelagat seorang lelaki yang terpegun melihat eskalator bergerak mencuit hati ramai netizen dengan reaksinya ini.

Lelaki itu kononnya terpegun melihat eskalator itu setelah sekian lama tidak keluar rumah dalam tempoh yang lama. Malah netizen juga turut sama memberikan komen lucu mereka sebaik sahaja melihat eskalator yang dikongsikan oleh lelaki ini.

@chongz.1

Bila dah lama sangat terperap kat rumah #foryou #pkp

♬ original sound – Rep – Rep

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat berada di hadapan eskalator itu. Dia kemudian bergerak di hadapan eskalator itu untuk membuatnya bergerak sambil meletakkan kakinya untuk menghidupkan sensor di hadapan eskalator tersebut.

Sebaik sahaja kakinya diletakkan, eskalator itu mula bergerak sekaligus membuatkan lelaki itu kagum melihatnya. Lebih melucukan, lelaki itu turut memberikan reaksi terpegunnya dan menganggapnya sebagai sesuatu yang dahsyat yang tidak pernah dilihatnya sebelum itu.

eskalator bergerak

Bukan sahaja lelaki itu yang terpegun malah netizen juga turut berseloroh mereka juga terkejut melihat ciptaan yang canggih itu. Malah ada yang berseloroh tidak menyangka negara ini mempunyai tangga yang mampu bergerak dengan sendirinya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat reaksi yang diberikan oleh lelaki ini. Ada juga yang terhibur membaca ruangan komen apabila netizen juga turut sama berlakon kononnya tidak pernah melihat eskalator sebelum ini.

“Bang jangan viralkan, nanti ramai pulak yang datang cari tangga limited ni.”

gelagat lelaki

“Kena bayar apa-apa ke sebelum naik?”

eskalator

“First time tengok tangga bergerak. Kat Malaysia kat mana je ada eh?”

komen

“Fuyoo Malaysia dah maju lah ada tangga bergerak…”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Lelaki Buka Selipar Sebelum Masuk Kedai, “Lama Sangat Duduk Rumah…”

Ikan Berkumpul Di Hujung Akuarium, Rupanya Ada Yang Memerhati!

Reaksi Kucing Pasrah Dimandikan Bikin Berdekah, “Kan Dah Merajuk…”

Sumbertik tok

Trending

Ex
Media Sosial

“Lawan bang hahaha”- Ex-girlfriend mula ungkit pemberian lepas, sekali lelaki ini balas ‘hiburkan’ ramai

1 day ago
Mamat (4)
Umum

Video dengan Nadia Brian tular lagi, sekalinya Mamat tinggal komen- “Mulalah aku rasa…”

1 day ago
Sherry (4)
Umum

“Hampir tak cam”- Video Sherry Alhadad ‘kejutkan’ peminat, disangka Janna Nick

2 days ago
elly mazlein
Hiburan

Hormat Kehadiran Ustaz Kazim, Netizen Puji Tindakan Kak Lina Ubah ‘Style’ Baju

1 day ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia