Pastinya telah banyak aktiviti yang dilakukan di rumah semenjak bermulanya pandemik ini. Ada yang memulakan hobi baru dan ada juga yang melakukan perkara yang tidak pernah dicuba sebelum ini. Baru-baru ini pula, gelagat seorang lelaki yang memberi ikan peliharaannya makan menarik perhatian ramai.
Semuanya gara-gara reaksi agresif dari ikan itu yang mengejutkan ramai pada penghujung video. Malah rata-rata netizen turut mengakui berasa terkejut sebaik sahaja melihat kemunculan ikan toman itu ketika pemiliknya memberi makanan.
@fishinglifeisgood lama x manja manja dengan ikan kt rumah. 🤣 #alert 8kg
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu memberitahu dia ingin memberikan ikan toman yang dibelanya itu makan. Malah turut dapat dilihat, dia memegang seekor ikan dengan penyepit untuk diberikan kepada ikan di dalam kolam itu.
Namun belum sempat dia habis bercakap, ikan itu muncul di permukaan air dan menyambar makanan yang dipegangnya itu. Reaksi pantas daripada ikan toman itu turut mengejutkan lelaki itu yang baru sahaja ingin merakam gelagat ikan tersebut.
@fishinglifeisgood Reply to @niedaakiira TOMAN HAS BEEN BLUETICK.
Bukan sahaja lelaki itu malah netizen juga turut sama terperanjat dengan kemunculan secara tiba-tiba itu. Lelaki itu juga sempat berseloroh tidak sempat berbuat apa-apa namun makanan itu telah pun disambar oleh ikan tersebut.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terkejut dengan reaksi pantas dari ikan toman itu. Ada juga yang turut tertarik melihat ikan toman itu yang sangat agresif dan berbeza daripada ikan lain yang pernah dilihat sebelum ini.
“Dengan aku terkejut.”
“Terkejut nasib tak jatuh handphone atas muka.”
“Ikan jenis ni kalau dok tepi sungai kuca kuca air tepi tu mau dia kokaknya tangan terus.”
“Letak tangan la bang baru jantan.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Wanita Kongsi Cara Mudah Gantung Telekung, “Lahhh Baru Tahu…”
Bayi Menangis Bila Sampai Part Tupai Bikin Berdekah, “Apa Salah Tupai…”
Reaksi Kucing Lepas Pecahkan Pasu Bikin Terhibur, “Habis La Kau…”