Dengan perkembangan teknologi dan situasi semasa, ada beberapa restoran yang sudah mula menggunakan robot untuk menghantar makanan kepada pelanggan. Kaedah ini juga mungkin lebih selamat terutamanya untuk mengelakkan interaksi di antara pekerja dan pelanggan.
Namun lain pula yang berlaku di sebuah restoran mamak ini apabila kedua-dua robot ini hampir saja bergaduh gara-gara berselisih. Kejadian melucukan itu dirakamkan ketika robot tersebut di dalam perjalanan menghantar pesanan kepada pelanggan.
@ariftajul Robot pun bergaduh yee 😅 #myfoodie #foryoupage #fyp #FeelTheHIITSubwayMY #bergaduh #gaduh
Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan keadaan sebuah robot yang sedang menghantar pesanan ke mejanya. Sebaik sahaja tiba di meja tersebut, robot itu mula berhenti untuk membenarkan pelanggannya mengambil pesanan tersebut.
Tidak berapa lama kemudian, muncul pula sebuah lagi robot yang turut ingin menghantar pesanan pada meja yang sama. Memandangkan kedua-dua robot ini berselisih di antara satu sama lain, mereka kemudian mula memberikan arahan untuk tidak menghalang jalan.
Lebih melucukan, intonasi yang digunakan robot itu juga kedengaran seperti mereka yang sedang marah dan ingin bergaduh. Pergaduhan itu akhirnya berjaya dileraikan oleh pekerja kedai yang datang untuk mengalihkan robot tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat robot tersebut. Ada juga yang berseloroh memberitahu mungkin juga robot itu sebenarnya seorang wanita jika melihatkan daripada gayanya yang marah itu.
“Robot tu mesti perempuan dua-dua tak nak mengalah.”
“Mula lah perang robot di kedai makan…”
“Pastu mereka pun hidup bahagia selama-lamanya.”
“Bergaduh pulak robot ni.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Gelagat Dua Lelaki Berlari Dikejar Anjing, “Nasib Dedua Lari Laju…”
Pejabat Dipecah Masuk, Suspek Tikus Besar Buat Ramai Terkedu